Nazmi Faiz Mansor

Pemain bola sepak Malaysia
(Dilencongkan dari Nazmi Faiz)
"Nazmi Faiz" dilencongkan di sini.

Muhamad Nazmi Faiz Mansor (lahir 16 Ogos 1994) ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang sekarang ini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim F.C sebagai pemain tengah.

Nazmi Faiz Mansor
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh lahir (1994-08-16) 16 Ogos 1994 (umur 25)
Tempat lahirLembah Keramat, Selangor, Malaysia
Ketinggian1.69 m (5 ka ​6 12 in)
Posisi permainanTengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Ta'zim F.C
Nombor21
Kerjaya remaja
2009–2011Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11,
Shah Alam Selangor
2012-2013Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2012Arsenal19(3)
2012Chelsea12(4)
2012–2013S.C. Beira-Mar0(0)
2013-2014Buriram United30(2)
2016-2017Persija Jakarta22(2)
2019Johor Darul Ta'zim F.C.14(3)
Napoli SC0(0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Malaysia Malaysia B-2310(2)
2013-2015Malaysia Malaysia2(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 23 Julai 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23 Julai 2014

Nazmi telah menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia B-23 yang telah memenangi pingat emas di dalam Sukan Asia Tenggara 2011 bagi kali kedua di dalam sejarah mereka.[1]

PeribadiSunting

Nazmi merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik kepada Mansor bin Mustafa. Beliau memulakan kerjaya apabila terpilih mewakili daerah Gombak semasa sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Menurut Muhd. Ariff Zulkifly yang sekarang ini sedang beraksi di New Zealand bersama Island Bay United , gelaran Nazmi ketika di SSBJ ialah ‘Nami’ dan dia dilihat mempunyai potensi ketika berusia 11 tahun sewaktu kedua-dua mereka beraksi dalam skuad Selangor bawah 12 tahun. Hanya Nazmi seorang sahaja berusia 11 tahun. Menurut bapanya pula, usia 10 tahun dia sudah mewakili sekolah, daerah dan negeri bagi peringkat bawah 12 tahun, ketika umurnya mencecah 13 tahun pula dia dipanggil menyertai skuad bawah 15 tahun. Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, Nazmi ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Sukan Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam dan pada tingkatan empat beliau ditawarkan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).[2]

Kerjaya kelabSunting

Pada 21 Mei 2012, Nazmi berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar setelah berjaya dilihat oleh peninjau bakat yang berpengkalan di Aveiro.[3][4][5][6][7]

Nazmi telah menjadi pemain Beira-Mar secara rasminya pada Ogos selepas berumur 18 tahun. Setelah itu beliau pulang ke Malaysia dan mengikut undang-undang ketika itu bekas pemain Harimau Muda perlu pulang semula ke negeri asal tetapi beliau pergi ke PKNS FC dan bukannya Selangor FA kerana PKNS juga merupakan pasukan dari Selangor, tetapi akhirnya beliau pergi juga ke Selangor FA selepas itu.

Pada 21 April 2014, Nazmi sah sebagai pemain Selangor FA dan menyarung jersi 8.

PenghargaanSunting

KelabSunting

Selangor
Johor Darul Ta'zim

AntarabangsaSunting

Malaysia U-23

IndividuSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting