B. Sathianathan (9 Mei 1958 – 18 Julai 2023) merupakan bekas ketua jurulatih bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia. Sebelum dilantik menjadi jurulatih Malaysia, B. Sathianathan merupakan salah seorang jurulatih di Sekolah Bola Sepak Arsenal, Malaysia. Sathianathan juga merupakan jurulatih pasukan Piala Emas Raja-Raja Negeri Sembilan pada tahun 1992. Dia juga memegang jawatan selaku penolong jurulatih bagi pasukan Olimpik Malaysia pada 1997-1999 dan 2002-2004.

B. Sathianathan
Maklumat peribadi
Nama penuh Bhaskaran R Sathianathan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sarawak United (pengarah teknikal)
Pasukan diurus
Tahun Pasukan
1992 NS FA Gold Cup Team
2006 MPPJ FC (interim)
2006—2008 Malaysia U-23
2007—2009 Malaysia
2009—2010 Kelantan FA
2011—2015 ATM FA
2017—2018 Felda United F.C.
2019—2020 Selangor FA

Pada tahun 2007, Sathianathan dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menjadi jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia. Selepas memenangi Pestabola Merdeka 2007, Sathianathan dilantik oleh presiden FAM DYMM Sultan Ahmad Shah.

Perlawanan pertama Sathianathan selaku jurulatih berakhir dengan kekalahan 4-1 kepada Bahrain sebelum seri dengan lawan yang sama dengan keputusan seri 0-0. Selepas itu, Sathia diberi tugas untuk membawa cabaran Malaysia ke Sukan SEA Korat 2007 di Thailand. Pada kejohanan tersebut, Malaysia terpaksa akur apabila gagal membawa pulang sebarang pingat buat kali pertama sejak 1999 selepas hanya mampu mencatat keputusan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah.

Pada tahun 2008, Sathianathan membawa pasukan Malaysia untuk bertemu dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia tewas 0-2 kepada gergasi Liga Perdana Inggeris itu. Walau bagaimanapun, jurulatih Chelsea Luiz Felipe Scolari memuji persembahan pemain Malaysia kerana memberikan perlawanan yang sengit.

Dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka 2008, Sathianathan membawa Malaysia ke perlawanan akhir dengan rekod tanpa dibolosi sepanjang kejohanan. Walau bagaimanapun, Malaysia kecundang 6-5 menerusi sepakan penalti kepada pasukan bawah 23 tahun Vietnam.

Sathinathan kemudian membawa Malaysia ke AFF Piala Suzuki 2008 di Phuket. Meskipun bermula baik, Sathianathan terpaksa akur apabila pasukan bimbingannya tewas kepada Vietnam dan Thailand. Meskipun gagal menepati sasaran FAM, kontraknya disambung selama setahun dengan syarat dia perlu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.[1]

Walau bagaimanapun, kontraknya ditamatkan pada awal Februari 2009 selepas kekalahan memalukan kepada UAE. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan liga itu bukan bola sepak sebenar.[2]

Selepas dipecat selaku jurulatih pasukan Malaysia, Sathianathan ditawarkan kontrak untuk melatih Kelantan selepas jurulatih Peter Butler meletak jawatan sebelum Piala Malaysia.

Selepas tamat penggantungan FAM, Sathia masih bersama Kelantan walau bagaimanapun, tugas selaku jurulatih ketika itu masih digalas oleh Datuk M. Karathu yang akhirnya cemerlang menjuarai Liga Super musim 2011.

Untuk musim 2012, Sathia mengambil langkah undur setapak apabila membimbing pasukan di Liga Primer, Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ). Walau bagaimanapun, dengan peruntukkan besar yang diberikan oleh majikannya, Sathia berjaya mengumpulkan sebilang besar pemain bertaraf bintang untuk bersamanya di ATM.

Satu kejayaan buat Sathia apabila ATM berjaya menjuarai Liga Primer musim 2012 dengan hanya mengalami dua kekalahan. Untuk saingan Piala FA, ATM langkah kiri apabila sekadar beraksi di pusingan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak.

Untuk saingan Piala Malaysia 2012, Sathia berjaya membawa ATM mara ke peringkat suku akhir walaupun ATM diletakkan satu kumpulan bersama Kelantan, Terengganu & Kedah didalam kumpulan B ( Kumpulan MAUT ). Peringkat seterusnya ATM akan bertemu Negeri Sembilan.

Rekod sebagai jurulatih Malaysia sunting

Masa Pasukan P M S K J B % Menang
2007 - 2009   Malaysia* 14 5 4 5 29 24
35.71%
  Malaysia** 5 2 2 1 8 3
40%
Keseluruhan
19 7 6 6 37 27
36.84%

* Hanya melibatkan perlawanan bertaraf FIFA 'A'.
** Hanya melibatkan perlawanan bukan bertaraf 'A'.

Pencapaian sebagai jurulatih sunting

  • Juara Pestabola Merdeka 2007
  • Naib Juara Pesta Bola Merdeka 2008
  • Naib Juara Piala Malaysia 2009 (Kelantan)
  • Naib Juara Liga Super 2010 (Kelantan)
  • Juara Piala Malaysia 2010 (Kelantan)
  • Juara Liga Primer 2012 (ATM)
  • Naib Juara Piala Malaysia 2012 (ATM)

Rujukan sunting

  1. ^ "Peluang kedua buat Sathia". Utusan Malaysia. 16 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-19. Dicapai pada 2008-12-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ FAM Pecat Jurulatih Dan Pengurus Pasukan Kebangsaan Diarkibkan 2009-05-19 di Wayback Machine - BERNAMA, 1 Februari 2009.

Pautan luar sunting