Koordinat: 3°5′41″N 101°36′22″E / 3.09472°N 101.60611°E / 3.09472; 101.60611

Wisma FAM adalah sebuah kemudahan latihan dan ibu pejabat bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, Malaysia. Kemudahan ini dibina oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia bertujuan untuk berfungsi sebagai ibu pejabat bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia dan juga sebagai sebuah lapangan latihan bagi Pasukan bola sepak Malaysia.

Latihan Pasukan bola sepak Malaysia di padang rumput tiruan yang ditanam di Wisma FAM


Sejarah sunting

Wisma FAM telah ditubuhkan pada akhir 1990-an kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia memerlukan sebuah ibupejabat dan juga lapang latihan bagi Pasukan bola sepak Malaysia. Pada masa itu, ibupejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia terletak di Dewan Bandaraya di pelbagai negeri dan pasukan kebangsaan telah berlatih di pelbagai lapangan latihan di seluruh Malaysia.

Apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan Wisma FAM, serentak dengan itu kemudahan ini diumumkan menjadi ibupejabat bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia dan pasukan kebangsaan. Wisma FAM digunakan bagi semua pasukan bola sepak kebangsaan termasuklah pasukan senior, pasukan wanita, Pasukan Olimpik dan pasukan futsal kebangsaan.

Kemudahan ini juga berfungsi sebagai tempat mesyuarat, satu bilik untuk penyataan akhbar dan ia juga mengandungi bilik kecil bagi pemain kebangsaan. Tiket perlawanan juga dijual di Wisma FAM.

Ia juga menganjurkan perlawanan persahabatan yang melibatkan apa sahaja pasukan kebangsaan.[1]

Perlawanan-perlawanan sunting

Perlawanan persahabatan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang Wisma FAM anjurkan:

Kemudahan sunting

Wisma FAM dilengkap oleh kemudahan-kemudahan berikut:

  • Blok Pejabat, mengandungi perlbagai bilik seperti kaunter tiket dan bilik pengumuman.
  • Blok Kondo, mengandungi 30 bilik bagi pemain dan kakitangan.
  • Sebuah Gim Sukan
  • Satu kolam renang
  • 1x 1000 flux cahaya padang
  • 1x 650 flux cahaya padang
  • 1x 500 flux cahaya padang
  • 42m panjang x 25m lebar Futsal pitch, dengan 500 flux cahaya padang
  • 45m x 90m Padang bola sepak rumput tiruan, dengan 650 flux cahaya padang
  • Sebuah padang yang besar dan luas, digunakan untuk pelbagai acara dan sukan, dilengkapkan dengan 1000 flux cahaya padang .

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting