Stadium UiTM ialah sebuah stadium yang terletak di Shah Alam, Malaysia. Kapasiti stadium ini ialah 6000 orang. Stadium ini dibina untuk Universiti Teknologi MARA dan pasukan bola sepak UiTM FC. SPA FC ialah satu lagi pasukan yang menyewa stadium ini. Stadium ini kadangkala digunakan untuk perlawanan bola sepak dan juga ragbi. Aktiviti yang diadakan di universiti juga diadakan di sini.

Stadium ini juga digunakan untuk perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Maldives pada 26 November 2009 yang menyaksikan Malaysia tewas 1-0 kepada Maldives.[1]

RujukanSunting

  1. ^ Rhinos 1412 (27 November 2009). "Malaysia 0 Maldives 1". Harimau Malaya. Diarkib daripada yang asal pada 10 Mac 2010. Dicapai pada 11 April 2010. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)