Stadium Nasional Bukit Jalil
Stadium Nasional ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton. Memenangi anugerah stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas diubah suai untuk menganjurkan Sukan SEA 2017.[3]
Fail:Bukit Jalil Stadium-26.jpg | |
Lokasi | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Transit awam | SP17 Stesen LRT Bukit Jalil |
Pemilik | Kerajaan Persekutuan Malaysia |
Pentadbir | Bandaraya Sukan Kuala Lumpur |
Kapasiti | 87,411[1] |
Saiz Padang | 105 kali 68 m (344 kali 223 ka) |
Permukaan | Zeon Zoysia |
Papan Markah | Panel LED dari Sony |
Pembinaan | |
Dibina | 1 Januari 1995 |
Dibuka | 11 Julai 1998 |
Pengubahsuaian | 1 Januari 1998 Julai 2017 |
Diperluas | 1 Januari 1998 |
Kos pembinaan | RM800 juta[2] |
Arkitek | Arkitek FAA Weidleplan Consulting Gmbh Schlaich Bergermann Partner Populous (2017 renovasi) |
Kontraktor utama | Kumpulan UEM Malaysian Resources Corporation Berhad (2017 renovasi) |
Tuan rumah | |
Persatuan Bola Sepak Malaysia |
Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.
Pembinaan Stadium Nasional bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.
100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.
Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.
Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.
Penyanyi Kesayangan Negara Siti Nurhaliza Binti Tarudin adalah satu-satunya anak seni yang pernah melakukan konsert di Stadium Nasional. Beliau telah melakukan konsert di Stadium Nasional pada Ogos, Tahun 2004. Merupakan konsert terbesar Nasional apabila menghimpunkan hampir 100 000 penonton.
Gallery sunting
-
The stadium in 2007.
-
Gate in front of the National Stadium
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ http://www.worldstadiumdatabase.com/bukit-jalil-national-stadium-stadium-kuala-lumpur-in-malaysia.htm
- ^ "Bukit Jalil National Stadium - Malaysia | Football Tripper". Football Tripper (dalam bahasa Inggeris). 12 July 2014. Dicapai pada 26 August 2017.
- ^ www.worldstadiums.com (Stadium Bukit Jalil)