Matthew Davies (pemain bola sepak)

Matthew Thomas Davies adalah pemain bola sepak Australia-kelahiran Malaysia yang bermain sebagai pertahanan kanan untuk Johor Darul Ta'zim dalam Liga Super Malaysia

Matthew Davies
Maklumat peribadi
Nama penuh Matthew Thomas Davies
Tarikh lahir (1995-02-07) 7 Februari 1995 (umur 29)
Tempat lahir Perth, Australia
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pertahanan Kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 2
Kerjaya remaja
2010–2012 A.I.S
2012–2015 Perth Glory B23
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2015 Perth Glory 16 (0)
2014 Perth Glory NPL 5 (1)
2015–2019 Pahang 86 (3)
2020– Johor Darul Ta'zim 13 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 Australia B-19 5 (0)
2015– Malaysia B-23 15 (0)
2015– Malaysia 33 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Jun 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2021

Kerjaya Kelab sunting

Matthew memulakan kerjayanya dengan A.I.S pada tahun 2011. Beliau merupakan hasil daripada program Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Australia.[1]

Perth Glory FC sunting

Kemudian, beliau telah menandatangani dengan Perth Glory FC dan bermain di Liga Belia Kebangsaan untuk Perth Glory FC Remaja. Pada musim 2013-2014, Matthew telah dinaikkan pangkat ke Skuad Perth Glory FC dan dia membuat penampilan pertama untuk pasukan senior terhadap Melbourne City FC pada 27 Oktober 2013.

Pahang FA sunting

Pada April 2015, Matthew dilaporkan ditandatangani dengan pasukan Liga Super Malaysia, Pahang FA semasa perpindahan April.[2]

JDT

Matthew menyertai pasukan Johor Darul Takzim pada jendela perpindahan 2020 selepas menampilkan prestasi cemerlang di Pahang FA dan di skuad kebangsaan. Setakat ini beliau telah membuat 5 penampilan.

Kerjaya Antarabangsa sunting

Kelahiran Australia, Matthew juga layak untuk mewakili Malaysia termasuk Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun di Sukan SEA 2015 di Singapura. Beliau layak kerana ibunya dilahirkan di negeri Sabah, Malaysia.[3] Beliau membuat kemunculan antarabangsanya untuk pasukan bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Asia Tenggara 2015.[4]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

{{Use dmy dates|date=April 2015}


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.