Islam merupakan agama yang minoriti di Singapura, dengan kira-kiranya 16% sahaja penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Kebanyakan warga Singapura yang beragama Islam ini terdiri dari golongan orang Melayu. Orang Melayu tidak lagi berkelompok di sesuatu lokasi. Sebaliknya mereka diselerakkan di seluruh Singapura.[1]

Bilangan umat IslamSunting

Bancian 2000, 15% penduduk Singapura beragama Islam, iaitu 14% etnik Melayu (450,000 dari jumlah penduduk empat juta) 1% lagi ialah daripada kaum lain seperti Arab dan India. Majoriti penduduk Republik Singapura ialah Cina 77% dan etnik India 7%. Profesor Hussin Mutalib dari Universiti Kebangsaan Singapura menyatakan bilangan orang Cina memeluk agama Islam meningkat, tetapi jumlahnya masih kecil.

Majlis Ugama Islam SingapuraSunting

Sebelum 1963, Islam menjadi majoriti tetapi selepas itu dianggap sebagai minoriti kerana Singapura disingkir keluar dari Malaysia. Kini mereka mendapat perumahan dan pendidikan lebih baik dan menjadi golongan 'kelas menengah'.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ditubuhkan pada 1966 bagi menguruskan hal ehwal undang-undang pentadbiran Islam, pentadbiran masjid-masjid serta madrasah-madrasah, urusan menunaikan fardu haji dan harta wakaf. MUIS memiliki harta jutaan dolar hasil sumbangan dan potongan gaji umat Islam.

AzanSunting

Minoriti Islam di Singapura tidak dibenarkan azan terlalu kuat. Oleh itu orang Melayu di sana mengkalih pembesar suara menghala ke dalam masjid atau surau dan jauh dari rumah-rumah sambil menghadkan volume. Dengan adanya siaran radio, orang Islam boleh mengetahui waktu solat dengan membuka siaran radio. Pada 14 Julai 2010, Menteri Kanan Goh Chok Tong menjelaskan masjid tidak lagi menggunakan pembesar suara untuk azan dan ceramah demi menghormati perasaan orang bukan Islam. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) harus akur bahawa Singapura adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dengan kewujudan ruang bersama dan sekular untuk semua.

Tokoh, sarjana dan ulama Singapura mendapat pendidik dan inspirasi agama di negara majoriti Islam. Apabila kembali ke Singapura, di mana Islam adalah minoriti - amalan agama terpaksa diubahsuai.[2]

Penyesuaian ini juga melibatkan agama dan kaum lain. Penganut ajaran Taoist tidak lagi membakar colok semasa sambutan perayaan di tokong-tokong malah di tempat-tempat terbuka. Jumlah dan saiz colok dikurangkan dan amalan membakar colok hanya di tokong.

Peristiwa Natrah 1950Sunting

Rusuhan kaum terjadi di Singapura pada 11 dan 12 Disember 1950 apabila mahkamah memutuskan Natrah dipulangkan kepada keluarga asalnya walaupun telah berkahwin dengan cikgu Mansor Adabi. Fatini Yaacob menerusi 'Biografi Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata' menceritakan kembali biografi dan memoir yang menyayat hati umat Islam di Malaysia dan Singapura. Natrah lahir di Bandung, Indonesia dalam keluarga Belanda. Ayahnya Andrianus Petrus Hertogh manakala ibunya bernama Adeline Petrus Hertogh.

Rusuhan ini membabitkan isu domisil, hak penjagaan anak dan soal murtad. Ia membabitkan penghakiman dan rusuhan akibat kemarahan rakyat khususnya orang Melayu. Akhbar The Straits Times dan Singapore Standard telah menghina agama Islam. Usaha membela Natrah diterajui oleh Dr. Burhanuddin Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Pejuang Natrah termasuklah Karim Ghani,Mohd Taha Kalu, Ahmad Ibrahim dan ramai lagi.[3]

Pelampau agamaSunting

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengecam karikatur anti Islam di Denmark. Beliau berpendapat kartunis tersebut tidak sensitif kepada perasaan orang Islam. Dua blogger Internet didakwa di bawah Akta Hasutan Singapura kerana menulis ulasan-ulasan anti-Melayu. Seorang lagi disoal oleh pihak polis kerana kartun-kartun anti-Kristian.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting