Majlis Ugama Islam Singapura

Majlis Ugama Islam Singapura atau MUIS merupakan sebuah badan berkanun di Singapura. Peranannya adalah untuk menjaga kepentingan komuniti Muslim Singapura. MUIS ditubuhkan pada 1968 di bawah penguatkuasaan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA). MUIS juga berperanan menasihati Presiden Singapura dalam hal yang mengenai Islam di Singapura[1]. MUIS juga berperanan menyekat penyebaran ajaran yang sesat daripada agama Islam[2].MUIS juga bertanggungjawab dalam urusan zakat dan menjalankan aktiviti menyokong masjid dan madrasah menerusi geran, program dan pembiayaan bagi latihan guru madrasah, pegawai keagamaan masjid, sukarelawan dan pegawai pembangunan belia[3]. Selain itu, MUIS turut bertanggungjawab terhadap aktiviti dakwah dan pendidikan awam, pembangunan pendidikan Islam, dan pembiayaan pentadbiran amil serta bantuan bagi mualaf[3].

Majlis Ugama Islam Singapura
Kerangka
KependekanMUIS
Jenis/bentuk sahBadan berkanun
Tapak webwww.muis.gov.sg Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1968
Pengurusan
PresidenHaji Mohammad Alami Musa
Ketua EksekutifEncik Esa Masood
Pertubuhan indukKementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabat273 Braddell Road Singapore 579702
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Tertinggi MUIS sunting

Majlis Tertinggi MUIS merupakan badan membuat keputusan secara keseluruhan dan bertanggungjawab atas rumusan dasar dan pelan operasi. Majlis Tertinggi MUIS terdiri daripada Presiden MUIS, Ketua Eksekutif MUIS dan Mufti Negara serta para anggota lain yang disarankan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan individu-individu yang dicalonkan oleh pelbagai pertubuhan Islam tempatan[4]. Berikut merupakan senarai anggota Majlis Tertinggi MUIS bagi sesi 2019-2022[4][5].

# Jawatan Nama Catatan
1 Presiden MUIS Haji Mohammad Alami Musa
2 Ketua Eksekutif MUIS Encik Esa Masood
3 Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir
4 Ahli Majlis Tertinggi Haji Abdul Razak Hassan Maricar
5 Ahli Majlis Tertinggi Ustaz Pasuni Maulan
6 Ahli Majlis Tertinggi Ustaz Mohamad Hasbi Hassan
7 Ahli Majlis Tertinggi Cik Rahayu Mohamad Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura
8 Ahli Majlis Tertinggi Cik Rahayu Buang CEO Yayasan Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura
9 Ahli Majlis Tertinggi Ustazah Sukarti Asmoin
10 Ahli Majlis Tertinggi Ustaz Fathurrahman Haji Md Dawoed Pengarah Eksekutif Andalus Corporation
11 Ahli Majlis Tertinggi Haji Farihullah s/o Abdul Wahab Safiuallah
12 Ahli Majlis Tertinggi Dr Syed Harun Taha Alhabsyi
13 Ahli Majlis Tertinggi Cik Nora Rustham Jamiyah Singapura
14 Ahli Majlis Tertinggi Cik Zuraidah Abdullah
15 Ahli Majlis Tertinggi Encik Muhammad Imran Kuna Abdullah CEO & Pengasas Dream2Aspire
16 Ahli Majlis Tertinggi Haji Abdul Hamid Abdullah Penasihat Eksekutif Straits Interactive Pte Ltd
17 Ahli Majlis Tertinggi Encik Rohan Nizam Basheer Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS)
18 Ahli Majlis Tertinggi Encik Asa'ad Sameer Ahmad Bagharib
19 Ahli Majlis Tertinggi Encik Abu Bakar Mohd Nor Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS)

Hab Islam Singapura sunting

Hab Islam Singapura merupakan petempatan agama yang menempatkan Masjid Muhajirin, Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan ibu pejabat MUIS[6]. Ia menjadi mercu tanda kemajuan pembangunan Islam di Singapura. Himpunan bangunan ini melambangkan simbiosis antara iman (masjid), ilmu (madrasah) dan amal (majlis).

Persijilan Halal sunting

Perkhidmatan pensijilan halal secara rasmi diperkenalkan MUIS pada tahun 1978, di mana MUIS mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai pihak berkuasa bagi mengawal tadbir urus halal di Singapura. MUIS juga telah berjaya menerbitkan sijil halal (kali pertama) kepada pihak industri khasnya bagi produk minuman untuk dieksport ke negara Timur Tengah. Pada tahun 1992, Unit Pensijilan Halal MUIS telah ditubuhkan untuk memastikan prosedur pengeluaran sijil halal lebih berstruktur ekoran daripada permintaan terhadap produk halal yang semakin meningkat setiap tahun di Singapura[7].

MUIS memainkan peranan yang utama sebagai badan tunggal yang menerbitkan sijil dan logo halal serta menguatkuasakan sistem perundangan yang berkaitan dengan pensijilan halal di Singapura. Pada hari ini, sijil dan logo halal MUIS telah dikenali dan mendapat pengiktirafan dalam pasaran halal utama di di Brunei, Indonesia, Malaysia, Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Oman[7].

Mufti Negara sunting

Mufti Negara Singapura mula diperkenalkan pada 1967 selepas pelantikan Haji Sanusi Mahmood sebagai mufti[8]. Sehingga kini terdapat empat orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Negara Singapura terkini ialah Dr Naziruddin Mohd Nasir yang dilantik sejak Mac 2020[9].

Mufti Negara sunting

Bekas Mufti Negara sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Muhammad Ariff Ahmad (1999). "Adat Melayu Singapura".
  2. ^ "Henti sebar ajaran sesat: Muis boleh guna kuasa Amla". Berita Harian SG. 3 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-03. Dicapai pada 3 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b Berita Harian SG (30 Januari 2015). "Duit zakat tidak digunakan bagi belanja operasi Muis". Asia One. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-23. Dicapai pada 3 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ a b "6 pemimpin masyarakat dilantik anggotai Majlis Tertinggi MUIS ke-18; jumlah anggota wanita juga meningkat". Berita Mediacorp. 17 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-03. Dicapai pada 3 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Council of MUIS". MUIS: Majlis Ugama Islam Singapura.
  6. ^ "Islamic Hub | Late evening view of SIH". Archnet.org. Dicapai pada 2017-05-25.
  7. ^ a b Norhidayah Pauzi & Saadan Man. "Perkembangan Pensijilan Halal Negara MABIMS: Satu Analisis Perbandingan". UM Expert. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-03. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  8. ^ "Jadi Mufti? Haji Sanusi terperanjat membacha berita". Berita Harian. 28 Julai 1968. m/s. 7. Dicapai pada 3 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ "New Mufti appointed as MUIS sees changes to senior religious leadership". CNA. 9 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-29. Dicapai pada 3 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)