Ismail bin Abbas

penulis Malaysia

Ismail bin Abbas atau juga dikenali sebagai Amil Jaya merupakan salah seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 November 1939 di Kampung Pirasan, Kota Belud, Sabah. Beliau meninggal dunia pada 2 September 2009 bersamaan 12 Ramadan.

Ismail bin Abbas
LahirIsmail bin Abbas
(1939-11-05)5 November 1939
Sabah Kampung Pirasan, Kota Belud, Sabah
Meninggal dunia2 September 2009(2009-09-02) (umur 69)
Nama penaAmil Jaya
PekerjaanPenulis

Pendidikan sunting

Ismail bin Abbas mendapat pendidikan awal di Tenghilan, Tuaran sehingga lulus darjah lima. Setelah tamat belajar di sekolah rendah, beliau bekerja sebagai guru di Sekolah Sukarela Rakyat (SSR) di Kampong Wangkod, Tenghilan. Beliau kemudiannya menyertai Pusat Latihan Guru-guru Bumiputera. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Guru Besar di sekolah yang sama 1962 dan kemudiannya di SRK Selupoh, Tuaran pada 1967. Beliau kemudiannya melanjutkan latihan perguruannya di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur 1969 dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1970.

Beliau kembali ke Sabah pada 1971 dan menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dari 1971 sehingga 1974. Beliau kemudiannya bekerja sebagai editor di Biro Kesusasteraan Borneo, Cawangan Sabah sehingga penhujung 1976. Beliau mengambil kursus pelajar luar kampus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1982. Apabila Biro Kesusasteraan Borneo diserap kedalam Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1 Januari 1977, beliau dilantik sebagai Pegawai Penyelidik dan diletakkan di Unit Sastera.

Pencapaian sunting

  1. Beliau menerima anugerah Penghargaan Penulis daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 1987.
  2. Anugerah Sastera Sabah pertama daripada kerajaan Sabah 1990.
  3. Penerima pertama dari Sabah Anugerah SEA Write Award (1992).

Karya novel sunting

  1. Berhati Nabi Berwajah Ibu (1972)
  2. Cerah (1976)
  3. Ngayau(1979) diterjemahkan ke bahasa Inggeris (Headhunters) dan bahasa Perancis (Chasseurs de Tetes) pada 2009.
  4. Bagaton (1987) diterjemahkan ke bahasa Inggeris (Burian Urn) dan bahasa Belanda (Begrafenis Urn) pada 2009.
  5. Herwan Anak Kembara (1982)
  6. Yanti Si Anak Laut (1986)
  7. Kumpulan Puisi dan Cerpen Suatu Amanah (1997)

Rujukan sunting