Istana Raja Muda
Istana Raja Muda terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh, Perak. Dahulu ia dikenali sebagai Istana Tetamu. Istana ini merupakan Istana rasmi DYTM Raja Muda Perak. Sebelum ini, Istana Raja Muda terletak di Teluk Intan, Perak namun pada tahun 1988, Istana ini telah diubahsuai bagi mengantikan istana lama. Raja Dr. Nazrin Shah adalah Raja Muda Perak yang pertama menduduki Istana ini.
Kini ia dikenali sebagai Istana Al-Ridhuan yang merupakan pejabat bagi DYTM Raja Muda Perak.