Jérémy Doku (lahir 27 Mei 2002) merupakan pemain bola sepak Belgium yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Ligue 1, Manchester City dan pasukan kebangsaan Belgium.

Jérémy Doku
Maklumat peribadi
Nama penuh Jérémy Doku[1]
Tarikh lahir (2002-05-27) 27 Mei 2002 (umur 21)[2][3]
Tempat lahir Antwerp, Belgium
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7 in)[4]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 11
Kerjaya remaja
KVC Olympic Deurne
Tubantia Borgerhout
0–2012 Beerschot
2012–2018 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2020 Anderlecht 34 (5)
2020–2023 Rennes 75 (10)
2023– Manchester City 2 (1)
Pasukan kebangsaan
2017 Belgium B15 5 (2)
2017–2018 Belgium B16 10 (3)
2018–2019 Belgium B17 16 (6)
2019– Belgium B21 4 (1)
2020– Belgium 16 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15:15, 17 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Anderlecht sunting

Doku mula bermain bola sepak di Antwerp dengan beraksi untuk pasukan KVC Olympic Deurne dan Tubantia Borgerhout. Seterusnya, beliau bermain untuk kelab Beerschot.[5] Pada tahun 2012, beliau berpindah ke R.S.C. Anderlecht semasa berusia 10 tahun.[6] Beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama Anderlecht dalam aksi liga menentang Sint-Truiden pada 25 November 2018 iaitu ketika beliau berusia 16 tahun.[7]

Rennes sunting

Pada 5 Oktober 2020, Doku menyertai kelab Rennes dengan menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan bernilai 26 juta euro bersama bonus.[8][9]

Kerjaya antarabangsa sunting

Doku telah dilahirkan di Belgium dan berasal daripada keturunan Ghana (dari Greater Accra Region).[10] Doku telah meakili pasukan bawah-17 Belgium di Kejohanan Eropah Bawah-17 2018.[11]

Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk skuad senior dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Denmark pada 5 September 2020. Menjelang tiga hari kemudian, beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Belgium dalam melakar kemenangan 5-1 ke atas Iceland.[12]

Ketika kejohanan UEFA Euro 2020 yang berlangsung pada Jun 2021, beliau merupakan salah seorang pemain gantian Belgium pada aksi menentang Denmark dan disenaraikan ke dalam kesebelasan utama bagi aksi seterusnya menentang Finland.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 23 Mei 2021.[13]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Anderlecht 2018–19 6 0 0 0 0 0 6 0
2019–20 21 3 3 1 24 4
2020–21 7 2 7 2
Jumlah 34 5 3 1 0 0 37 6
  Rennes 2020–21 30 2 1 0 6[a] 0 37 2
Jumlah kerjaya 64 7 4 1 6 0 74 8
  1. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.

Antarabangsa sunting

Sehingga 21 Jun 2021.[14]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2020 5 1
2021 4 1
Jumlah 9 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
8 September 2020 Brussels, Belgium   Iceland
5–1
5–1
Liga A Negara-Negara UEFA 2020–21
2
30 Mac 2021 Leuven, Belgium   Belarus
4–0
8–0
Kelayakan Piala Dunia 2022

Catatan sunting

  1. ^ "J. Doku". Soccerway. Dicapai pada 8 November 2020.
  2. ^ "J. Doku". Soccerway. Dicapai pada 8 November 2020.
  3. ^ "Jéremy Doku - Belgium - UEFA Nations League". UEFA.com. Dicapai pada 8 November 2020.
  4. ^ "Belgium - J. Doku - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". int.soccerway.com. Dicapai pada 2020-11-08.
  5. ^ Dimitri Charles (9 September 2020). "HOE 'MADE IN ANDERLECHT' IS JÉRÉMY DOKU?". voetbalbelgie.be (dalam bahasa Belanda).
  6. ^ "Anderlecht Online - Doku a probablement le plus gros potentiel de Neerpede (présentation) (04 mai 18)". www.anderlecht-online.be.
  7. ^ "Sint-Truiden vs. Anderlecht - 25 November 2018 - Soccerway". us.soccerway.com.
  8. ^ "Official: Jérémy Doku signs for Rennes for €26m + bonuses". Get French Football News. 25 October 2020.
  9. ^ "JÉRÉMY DOKU EST ROUGE ET NOIR !". Stade Rennais (dalam bahasa Perancis). 25 October 2020.
  10. ^ "Video: English giants Liverpool set to sign Ghanaian youngster Jeremy Doku". GhanaSoccernet.
  11. ^ "Nos -17 échouent en demi-finale - Union Royale Belge des Sociétés de Football-Association". www.belgianfootball.be.
  12. ^ "Belgium 5-1 Iceland: Red Devils top of group after rampant display". Goal.com. 8 September 2020.
  13. ^ "Jérémy Doku » Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 8 September 2020.
  14. ^ Templat:NFT

Pautan luar sunting