Buka menu utama

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Department of Justice; DOJ), juga dikenali sebagai Jabatan Kehakiman, ialah jabatan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan pentadbiran keadilan di Amerika Syarikat, bersamaan dengan keadilan atau kementerian dalam negeri negara-negara lain. Jabatan ini dibentuk pada tahun 1870 semasa pentadbiran Ulysses S. Grant.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
Seal of the United States Department of Justice.svg
Mohor Jabatan
Flag of the United States Department of Justice.png
Bendera jabatan
U.S. Department of Justice headquarters, August 12, 2006.jpg
Bangunan Robert F. Kennedy merupakan ibu pejabat Jabatan Keadilan
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 Julai 1870; 149 tahun yang lalu (1870-07-01)
JenisJabatan eksekutif
Di bawah bidang kuasaKerajaan persekutuan Amerika Syarikat
Ibu pejabatBangunan Jabatan Keadilan Robert F. Kennedy
950 Pennsylvania Avenue NW
Washington, D.C., Amerika Syarikat
38°53′36″N 77°1′30″W / 38.89333°N 77.02500°W / 38.89333; -77.02500Koordinat: 38°53′36″N 77°1′30″W / 38.89333°N 77.02500°W / 38.89333; -77.02500
Moto"Qui Pro Domina Justitia Sequitur" (Latin: "Siapa yang mendakwa bagi pihak keadilan (atau Yustisia)"[1][2]
Kakitangan113,543 (2012)
Belanjawan tahunan$31 bilion (2015)
Eksekutif Jabatan eksekutif
  • Matthew Whitaker, Pemangku Peguam Negara
  • Rod Rosenstein, Timbalan Peguam Negara
  • Jesse Panuccio, Pemangku Peguam Negara Bersekutu
  • Noel Francisco, Peguam Cara
Tapak webjustice.gov

Jabatan Kehakiman mengurus beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA). Jabatan ini bertanggungjawab untuk menyiasat kejadian penipuan kewangan, yang mewakili kerajaan Amerika Syarikat dalam hal-hal perundangan (seperti dalam kes-kes sebelum Mahkamah Agung), dan menjalankan sistem penjara persekutuan.[3][4] TJabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji semula perlakuan penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti yang diarahkan oleh Akta Kawalan Jenayah dan Penguatkuasaan Undang-Undang 1994.[5]

Jabatan ini diketuai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat yang dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat dan merupakan anggota Kabinet. Peguam Negara semasa ialah Matthew Whitaker (Pemangku).

RujukanSunting

  1. ^ Revision of Original Letter Dated 14 February 1992, United States Department of Justice.
  2. ^ Madan, Rafael (Fall 2008). "The Sign and Seal of Justice" (PDF). Ave Maria Law Review. 7: 123, 191–192. Dicapai December 8, 2014. 
  3. ^ "Fraud Section (FRD) | Department of Justice". Justice.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai February 4, 2017. 
  4. ^ "Organization, Mission & Functions Manual: Attorney General, Deputy and Associate | DOJ | Department of Justice". Justice.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai February 4, 2017. 
  5. ^ "Conduct of Law Enforcement Agencies | CRT | Department of Justice". Justice.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai February 4, 2017. 

Pautan luarSunting