Jalan Masjid India

Jalan Masjid India merupakan sebatang jalan yang popular bagi warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk membeli-belah pada musim perayaan.

Terdapat banyak deretan kedai dan gerai menjual pelbagai jenis tekstil dan perhiasan diri dijual pada harga yang murah. Jalan ini setanding dengan Jalan Petaling yang terletak berdekatan dengan Puduraya. Sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, orang Melayu pergi membeli baju hari raya yang sudah siap di Wisma Yakin. Kini pilihan baju Melayu lebih banyak dan dijual di merata-rata tempat.

Jalan ini dinamakan bersempena adanya sebuah masjid India di jalan ini. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Dickson Street. Terdapat juga sebuah masjid India di sini. Masjid ini berasaskan Imam Hanafi sementara masjid Jamek berasaskan imam Syafie.