Jalan Negeri Kedah K273

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Negeri Kedah K273 (Jalan Jitra–Kelubi dan Jalan Tan Seri Osman Aroff) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K273 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.27 kilometer (2.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Bandar Jitra di barat dengan Kampung Kelubi di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K273
Jalan Jitra–Kelubi
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.27 km[1] (2.03 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT1 di Jitra
Persimpangan utama
  • K274 di Taman Rasa Sayang
  • K272 di Kampung Kelubi Luar
Hujung timur K276 di Kampung Kelubi
Lokasi
Destinasi
utama
  • Kampung Kelubi Luar
  • Taman Bunga Raya
  • Taman Darulaman
  • Taman Jitra Jaya
  • Taman Rasa Sayang
  • Taman Sri Kelubi
  • Taman Sri Utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K273 bermula sebagai kilometer sifar di Bandar Jitra dekat simpang tiga Jalan Persekutuan 1 (Jalan Jitra), berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jitra dan Kompleks Kesihatan Jitra, yang di mana merangkumi Klinik Pergigian Jitra, Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Jitra, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan Kolej Kesihatan Awam Jitra. Permulaan jajaran K273 terletak dalam zon Bandar Jitra, Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Seterusnya, K273 akan menelusuri kawasan perniagaan dan perumahan kos rendah seperti Taman Jitra Jaya, Taman Darulaman, Taman Bunga Raya, dan Taman Rasa Sayang. Berdekatan dengan Stadium Mini Jitra, K272 akan melintasi sebatang sungai kecil iaitu Sungai Keroncho yang bermuara di Sungai Tanjung Pauh. Kira-kira 800 meter dari hujung barat K273, akan bersimpang dengan Jalan Negeri K274 (Jalan Pusat Pembiakan Ikan Jitra), di kawasan perumahan Taman Rasa Sayang/Taman Bunga Raya, lalu melintasi terusan buatan, iaitu Terusan Utara.[3][4]

Selepas melalui jambatan Terusan Utara, K273 akan melalui kawasan perumahan kos rendah Taman Sri Utama dahulu, kemudian Taman Sri Kelubi. berdekatan dengan kawasan sawah padi di Taman Sri Kelubi, Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1) akan melintasi K273. K273 akan membuat lintasan saliran ketiga iaitu Sungai Bata dan lintasan saliran keempat iaitu anak Charok Palong, di kawasan perindustrian Kampung Kelubi Luar. Tidak jauh dari lintasan saliran keempat, K273 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K272 di kawasan kampung yang sama. Lalu, K273 akan membuat selengkoh ke selatan menuju ke penamat timurnya di Kampung Kelubi. Ia bersimpang dengan Jalan Negeri K276 (Jalan Kampung Tanjung–Kampung Kelubi).[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K273 yang telah diwartakan, sebahagian besarnya terletak dalam Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu, dan selebihnya terletak di Mukim Pelubang. K273 juga merupakan jalan raya tunggal barat-timur dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K273 dikenali sebagai Jalan Jitra/Kelubi dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][5] K273 juga dikenali sebagai Jalan Tan Seri Osman Aroff, dari persimpangan FT1 di Jitra sehingga prsimpangan K274 di Taman Rasa Sayang yang diambil sempena nama Menteri Besar Kedah yang keenam iaitu Osman bin Aroff, yang telah berkhidmat pada tahun 1985 sehingga 1996.[6] Manakala jajaran selebihnya bermula di persimpangan K274 sehingga persimpangan K276, dikenali sebagai Jalan Kelubi.[7]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Bandar Jitra0.00  FT1Changlun, Butterworth, Sungai Petani, Alor SetarHujung barat
0.25Perumahan Taman Jitra Jaya, SJKC Chung Hwa Jitra
0.45Jalan Tras 1 – Taman Rasa Sayang, Taman Seri Pelangi
Jalan Pondok Haji Wan Leh – Taman Permai, Taman Darulaman
0.65Jalan Taman Bunga Raya – Perumahan Taman Bunga Raya
0.75Jalan Taman Raya Sayang – Perumahan Taman Rasa Sayang
0.80  K274 – Taman Damai Jaya, Kampung Kemunting
0.90Jalan Taman Seri Utama – Perumahan Taman Sri Utama
1.20Jalan Seri Kelubi – Perumahan Taman Sri Kelubi
Kampung Kelubi Luar2.01  K272 – Taman Pulasan, Kampung Manggol
Kampung Kelubi3.27  K276Bandar Darulaman, Kampung Malau, Taman Tunku SarinaHujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ "Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia". marris.treasury.gov.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2 Disember 2020.
  6. ^ Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Jalan Tan Seri Osman Aroff (K273)" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  7. ^ Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Jalan Kelubi (K273)" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.