Jalan Negeri Kedah K558

Jalan Kampung Tala (Laluan Negeri Kedah K558) ialah jalan negeri yang terletak di barat Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][3]

Jalan Negeri Kedah K558
Jalan Kampung Tala
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Sik
Panjang4.55 km[1] (2.83 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Langgok
Persimpangan utamaK557 Jalan Kampung Langgok
K155 Jalan Begia–Nami
Hujung selatanKampung Desa Jaya
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Kampung Tala diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.55 kilometer (2.8 bt),[1] menghubungkan Kampung Langgok di utara dengan Kampung Desa Jaya di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di bahagian Jalan Kampung Tala ialah jalan raya tunggal dua lorong.[5][6] Secara pentadbiran, jalan negeri ini terletak di bawah Mukim Jeneri.[2]

Permulaan Jalan Kampung Tala terletak di kawasan Kampung Langgok, di persimpangannya dengan Jalan Kampung Langgok (Laluan Negeri Kedah K557). Laluan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan dan perladangan. Setelah memandu sepanjang 1.6 kilometer (1.0 bt), akan terdapat simpang ke kawasan perumahan penduduk Kampung Tala, dengan melalui Jalan Perhubungan Desa sedia ada berhampiran dengan Pusat Internet Malaysia Kampung Tala. Di sepanjang jalan raya, tidak ada persilangan utama. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya berdekatan dengan Kampung Desa Jaya, ia akan bersilang dengan Jalan Begia–Nami (Lalun Negeri Kedah K155).[4][5][6]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Langgok0.00 K557 K577Kampung Jeneri, Kampung TanjongPenghujung utara
Kampung Tala1.60Jalan Perhubungan Desa (JPD) — Kampung TalaSimpang tiga kecil
Kampung Desa Jaya4.55 K155 K155Jeniang, Sik, Kampung BegiaPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (29 Disember 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 1 — Jalan Negeri di Daerah Sik" (Twit). Dicapai pada 28 Februari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-21. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K558" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar sunting