Pusat Sebaran Maklumat Nasional

(Dilencongkan dari Pusat Internet 1Malaysia)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. [1]

Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Intisari agensi
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
Kementerian Komunikasi Malaysia
Kementerian Digital Malaysia
Ibu pejabatMalaysia
Menteri bertanggungjawab
Laman sesawang
www.nadi.com.my


Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. [2][3]

Antara kejayaan yang telah disumbangkan oleh Pusat Internet kepada pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan komuniti setempat adalah seperti berikut :

  1. melahirkan 16,898 usahawan atas talian
  2. membantu 10,962 komuniti celik IT
  3. mempromosikan 9,675 tempat menarik di sekitarnya
  4. menghasilkan 6,343 video kandungan tempatan


Pada 26 Februari 2024, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berkata Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac 2024. [4]

Objektif sunting

  1. Menyediakan akses internet secara kolektif di kawasan kurang liputan dan penduduk berpendapatan rendah
  2. Memberikan latihan & program berasaskanICT, keusahawanan dan multimedia
  3. Meningkatkan taraf sosio-ekonomi & modal insan masyarakat luar bandar
  4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar


Rujukan sunting

  1. melahirkan 16,898 usahawan atas talian
    1. membantu 10,962 komuniti celik IT
    2. mempromosikan 9,675 tempat menarik di sekitarnya
    3. menghasilkan 6,343 video kandungan tempatan
  1. ^ "Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)". Kerajaan Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  2. ^ "Manfaatkan Pusat Internet 1Malaysia". Sinar Harian. 23 Januari 2017. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  3. ^ "Pusat Internet 1Malaysia, Menghubungkan Komuniti Luar Bandar". Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 27 Februari 2016. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  4. ^ "PEDi dikenali sebagai Nadi mulai 1 Mac". Aiman Zaharuddin. 27 Februari 2024.

Pautan luar sunting