Fahmi Fadzil
Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Jawi: احمد فهمي بن محمد فاضل; lahir 4 Februari 1981) [1][2] ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil | |
---|---|
احمد فهمي بن محمد فاضل | |
Menteri Komunikasi Malaysia | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim (sejak 31 Januari 2024) Al-Sultan Abdullah (sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Teo Nie Ching |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Teo Nie Ching |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Digantikan oleh | dirinya sendiri |
Jurucakap Kerajaan Perpaduan | |
Menyandang jawatan 31 Januari 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim (sejak 31 Januari 2024) Al-Sultan Abdullah (sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Lembah Pantai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Majoriti | 13,912 (2022) |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nurul Izzah Anwar |
Majoriti | 5,598 (2018) |
Ketua Penerangan PKR | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Shamsul Iskandar Md Akin |
Ketua PKR Cabang Lembah Pantai | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ketua Pengarah Komunikasi PKR | |
Dalam jawatan 2013–2021 | |
Digantikan oleh | Lee Chean Chung |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 4 Februari 1981 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin |
Anak | 1 |
Tempat belajar | Purdue University |
Pekerjaan | Ahli politik, usahawan, ahli perniagaan |
Laman web | fahmifadzil |
Pendidikan
suntingFahmi memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (BSChE) dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat.
Kerjaya
suntingSebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2010, Fahmi ialah seorang penulis, pelakon dan seorang pemenang teater yang memenangi anugerah, dan telah muncul dalam siri televisyen seperti Gol & Gincu dan program temu ramah The Fair Current Show. Beliau juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang menjadi sebahagian daripada Projek Seni Masyarakat Taman Medan pada tahun 2012 yang berkaitan dengan menangani ketegangan kaum di kalangan generasi muda melalui seni persembahan dan visual.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Fahmi Fadzil (PKR) | 33,313 | 50.24% | Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (UMNO) | 27,715 | 41.80% | 66,305 | 5,598 | 83.50% | ||
Fauzi Abu Bakar (PAS) | 5,277 | 7.96% | |||||||||
2022 | Fahmi Fadzil (PKR) | 35,359 | 46,09% | Ramlan Shahean @ Askolani (UMNO) | 21,447 | 27.96% | 76,714 | 13,912 | 75.34% | ||
Fauzi Abu Bakar (PAS) | 19,098 | 24.60% | |||||||||
Noor Asmah Mohd Razalli (PUTRA) | 810 | 0.16% |
Rujukan
sunting- ^ "Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil". stgpru.sinarharian.com.my. Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ Fahmi Fadzil [@fahmi_fadzil] (4 Februari 2024). "Thank you Dr 🙏🏼🙏🏼" (Twit). Dicapai pada 15 Mac 2024 – melalui Twitter.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Results only available from the 2004 election.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.