Muhammad Faiz Fadzil

Yang Berhormat Tuan Muhammad Faiz bin Fadzil merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya mendapatkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Permatang Pasir. Beliau juga mempunyai sebuah syarikat guaman di Seremban, Negeri Sembilan.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional bagi sesi 2019-2022. Beliau dilihat sebagai bakal pimpinan masa hadapan menggantikan Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar di sisi Parti Amanah Negara membawa naratif Islam yang moderat seiring pembawaan ayahandanya Fadzil Mohd Noor.

Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Allahyarham Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor.