Jalan Negeri Kedah K680

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Lencongan Sungai Lalang atau Jalan Persiaran Amanjaya 2 (Laluan Negeri Kedah K680) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K680 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.2 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Sungai Lalang di utara dengan Bandar Aman Jaya di selatan dengan melalui Kawasan Perinsdustrian Kejora, Amansuria, Taman Seroja Fasa Satu dan Taman Seroja Fasa Dua.[3]

Jalan Negeri Kedah K680
Jalan Lencongan Sungai Lalang
Kedah State Highway K680 (Jalan Lencongan Sungai Lalang) 1.jpg
K680 pada Mei 2022.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang2.70 km[1] (1.68 mi)
Simpang utama
Hujung utaraSungai Lalang
Persimpangan utama Jalan Butterworth–Alor Setar
Hujung selatanBandar Aman Jaya
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Lencongan Sungai Lalang atau Jalan Persiaran Amanjaya 2 (K680) bermula di persimpangan dengan Jalan Butterworth–Alor Setar (Laluan 1), di utara Bandar Aman Jaya Zon Teratai. Ia akan menuju ke barat melalui kawasan perkilangan dan komersil. Tidak jauh dari simpang Laluan 1, hanya 500 meter (0.3 bt), laluan K680 akan bersilang dengan Jalan Sekolah Teknik, jalan masuk ke Kolej Vokasional Sungai Petani 1 dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2. K680 akan membengkok ke utara selepas melepasi simpang tersebut. Ia akan sejajar dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1). Berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Kejora, K680 akan melintasi sebatang sungai bernama Sungai Lalang dan akan membengkok ke barat menuju ke Amansuria dan Taman Seroja. Sebelum di peghujung laluan K680, akan terdapat simpang tiga berperingkat menuju ke Amansuria dan Taman Seroja. Jajaran Jalan Lencongan Sungai Lalang (K680) berakhir di Sungai Lalang, bersimpang dengan jalan persekutuan yang sama iaitu, Jalan Butterworth–Alor Setar.[3][4]

Jalan Lencongan Sungai Lalang (K680) berjenis jalan raya tunggal dengan dua lorong dari penghujung utara sehingga ke penghujung hayat laluan ini.[3] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda.

Lokasikm[3][4]DestinasiCatatan
Bandar Aman Jaya0.0  FT1Sungai Petani, Butterworth, Tikam BatuPenghujung selatan
0.5Jalan Sekolah Teknik – Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kolej Vokasional Sungai Petani 2
Sungai Lalang2.7  FT1Bukit Selambau, Bedong, GurunPenghujung utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 15 Januari 2022 – melalui Twitter.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  4. ^ a b Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K680" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.