Jambatan Air Magdeburg

Jambatan Air Magdeburg (جمبتن اير مڬدبورڠ) (Jerman: Wasserstraßenkreuz Magdeburg) merupakan sebuah jambatan air di Jerman yang dibuka pada bulan Oktober 2003. Jambatan ini menghubungkan Terusan Elbe-Havel dengan Terusan Mittelland yang merentasi Sungai Elbe. Jambatan ini terkenal kerana ia merupakan jambatan air terpanjang di dunia dengan jumlah sepanjang 918 meter (3012 kaki).[1]

Jambatan Air Magdeburg
جمبتن اير مڬدبورڠ
Koordinat52°13′50″N 11°42′08″E / 52.230533°N 11.702336°E / 52.230533; 11.702336Koordinat: 52°13′50″N 11°42′08″E / 52.230533°N 11.702336°E / 52.230533; 11.702336
MembawaKapal, pejalan kaki
MenyeberangiSungai Elbe
LokasiMagdeburg,  Jerman
Ciri-ciri
Panjang keseluruhan918 m (690 m di daratan dan 228 m di atas air)
Lebar34 m
Kedalaman air4.25 m
Kelegaan atas90.00 m x 6.25 m
Sejarah
Mula dibina1997
Siap dibina2003
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland sebelum ini telah bertemu berhampiran dengan Magdeburg tetapi di sisi yang bertentangan dengan Sungai Elbe yang berada pada ketinggian yang jauh lebih rendah daripada dua terusan ini. Kapal yang bergerak di antara dua terusan ini perlu melalui lencongan sepanjang 12 kilometer (7.5 batu), meneruni dari Terusan Mittelland melalui lif bot Rothensee ke Elbe dan kemudian belayar di hilir sungai sebelum ke Terusan Elbe-Havel melalui pintu air Niegripp.

Peta jambatan yang menunjukkan laluan baru (kuning) dan lama (merah).

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Magdeburg Canal Bridge". Structurae. Nicolas Janberg ICS. Dicapai pada 2011-01-07.

Bibliografi sunting

  • Karl Jüngel, Das Wasserstraßenkreuz bei Magdeburg, Undated, ca. 2003

Pautan luar sunting

  Media berkenaan Jambatan Air Magdeburg di Wikimedia Commons