Jambatan Gantung Satok

Jambatan Gantung Satok ialah sebuah jambatan gantung terkenal di bandar raya Kuching, Sarawak, Malaysia. Lokasi jambatan pejalan kaki ini terletak bersebelahan Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman.

Jambatan Gantung Satok
MembawaPejalan kaki
MenyeberangiSungai Sarawak
Lokasiantara Satok dan Matang
Nama rasmiJambatan Gantung Satok
PenyelenggaraJabatan Kerja Raya Sarawak
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan gantung
Panjang keseluruhan130 meter
Lebar2.3 meter
Tinggi18 meter dari aras sungai
Sejarah
Pereka bentukJabatan Kerja Raya Sarawak
Mula dibina1923
Siap dibina1926
DibukaNovember 2021
Dibina semula2017 oleh Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd
Dimusnahkanoleh ribut pada 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia menempatkan saluran paip tangki air dari Matang ke kawasan seberang Sungai Sarawak termasuk pusat bandar Kuching pada zaman pemerintahan Rajah Putih.[1]

Sejarah sunting

Pelan pembangunan jambatan itu sebenarnya dirancang Rajah Putih Ke-2, Charles Brooke pada 1902, namun pelbagai kekangan timbul menyebabkan pembinaannya tertangguh hinggalah Charles meninggal dunia pada tahun 1917. Anaknya, Charles Vyner Brooke yang menjadi Rajah Putih Ke-3, meneruskan hasrat untuk merealisasikan jambatan itu dan beliau mengupah arkitek Eropah, A.S Lowe untuk mengetuai projek yang bermula pada 1923[1].

Dengan kos RM215,252, jambatan yang diimpikan Charles Brooke itu siap sepenuhnya pada 1926[1].

Runtuh sunting

Jambatan ini runtuh pada tahun 2004 semasa ribut. Disebabkan jambatan ini mempunyai banyak kenangan dan merupakan jambatan pertama dibina di Sarawak, kerajaan memutuskan untuk membina semula pada 2017 dengan memilih syarikat pembinaan tempatan, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd (PPK) sebagai kontraktor utama. Ia telah dibina semula pada 2019, tetapi tergendala semula pada Oktober 2019 kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengesan terdapat sedikit kecondongan pada blok utama tiang jambatan[1].

Dibuka semula sunting

Selepas siap pembinaan semula, jambatan ini telah dirasmikan pada November 2021[2].

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Mohd Roji Kawi (Jun 5, 2021). "Jambatan Gantung Satok `hidup' semula". Berita Harian. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  2. ^ Shafik Ahmad (November 21, 2021). "Jambatan Gantung Satok tarikan pelancongan baharu bandar raya Kuching". Astro Awani. Dicapai pada Disember 31, 2021.