James Lawrence Levine (lahir pada 23 Jun 1943) ialah seorang konduktor opera dan orkestra dan pemain piano yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau lebih dikenali sebagai konduktor orkestra dan pengarah muzik di Metropolitan Opera, sebuah rumah opera yang terkenal di bandaraya New York. Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah muzik dan juga konduktor muzik di Boston Symphony Orchestra.

James Levine (2013)

Biografi sunting

Masa muda sunting

Levine dilahirkan di Cincinnati, Ohio di dalam keluarga seni. Datuk beliau merupakan penyanyi keagaamaan Yahudi (dikenali sebagai hazzan atau khazn), ayah beliau adalah pemain biola, manakala ibu beliau adalah seorang pelakon.

Levine mula bermain piano dari usia yang amat muda. Pada usia 10 tahun, beliau membuat solo yang pertama di dalam konsert muzik Felix Mendelssohn, Piano Concerto No. 2 untuk konsert remaja dikelola oleh Cincinnati Symphony Orchestra.

Pada tahun 1956, beliau belajar piano di bawah seliaan Rudolf Serkin di Marlboro Music School, Vermont. Pada tahun berikutnya, beliau menyambung pelajaran muzik di Aspen Music School. Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di Walnut Hills High School, beliau mendapat tempat di Juilliard School of Music di bandaraya New York pada tahun 1961. Beliau menamatkan pengajian di Juilliard School pada tahun 1964 dan menganggotai “American Conductors project” .

Karier di Metropolitan Opera sunting

Levine memimpin orkestra di Metropolitan Opera buat pertama kalinya pada Jun 1971 untuk persembahan opera, Tosca. Persembahan-persembahan pimpinan beliau kerap mendapat kejayaan dan pujian besar; oleh itu pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai ketua konduktor di rumah opera tersebut. Pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai Pengarah Muzik dan pada tahun 1976, sebagai pengarah artistic, jawatan yang pertama dibuat oleh pihak pengurusan di Metropolitan Opera .[1] Levine meletakkan jawatan sebagai pengarah artistik pada tahun 2004. Di bawah pimpinan beliau, orkestra dan korus Metropolitan Opera menjadi salah satu ensembel opera yang terkenal dan terbaik di dunia[2]

Sepanjang karier beliau di di Metropolitan Opera, Levine telah memimpin banyak hasil karya penggubah-penggubah terkenal seperti Wolfgang Amadeus Mozart, Giuseppe Verdi, Giacomo Puccini, Richard Wagner, Richard Strauss, Gioacchino Rossini, Arnold Schoenberg, Igor Stravinsky, Kurt Weill, Claude Debussy, Alban Berg, George Gershwin dan ramai lagi.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Rafael Kubelík
Pengarah Muzik, Metropolitan Opera
1976-kini
Diikuti oleh:
-