Jangan Baca Novel Ni
Jangan Baca Novel Ni adalah sebuah novel hasil penulisan Ismi Fa Ismail. Novel ini adalah karya beliau yang pertama yang berbentuk genre seram. Novel ini menggunakan konsep cerita dalam cerita. Jangan Baca Novel Ni adalah buku pertama dari trilogi Jangan Baca Novel Ni, dan novel sekuelnya bertajuk "Tiada Tajuk" dan "Akhir".
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Ismi Fa Ismail | ||
Negara | Malaysia | ||
Bahasa | Bahasa Melayu | ||
Genre | Misteri, Seram ngeri | ||
Penerbitan | |||
Pelukis kulit | Afiq Dharma | ||
Penerbit | IFI Mystery | ||
Tarikh penerbitan | 1 Disember 2012 | ||
Halaman | 226 | ||
Kawalan kewibawaan | |||
ISBN | ISBN ISBN 9789671019238 Invalid ISBN | ||
Kronologi | |||
|
Ringkasan
suntingTemplat:Spoiler Dalam perjalanan ke kampungnya,Munir terperasan seorang budak lelaki yang duduk berseorangan di halaman rumah yang nampaknya seperti tidak berpenghuni dan lama ditinggalkan. Setelah lama menunggu,Munir membuat keputusan untuk membawa budak lelaki itu yang bernama Adib. Adib sememangnya seorang budak yang pelik. Munir juga melihatnya sentiasa membawa dan membaca sebuah novel usang yang berwarna hitam dan tidak bertajuk. Pada suatu hari,Munir berkesempatan membaca novel itu. Kisah-kisah yang terdapat di dalam buku tersebut mengandungi beberapa kisah pendek yang menyeramkan. Namun,apa yang membuatkan Munir berasa pelik adalah terdapat beberapa kisah di dalamnya yang mempunyai perkaitan dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Adakah novel yang dibaca Munir itu sebuah buku yang telah disumpah? Dapatkan jawapannya dengan membaca novel ini!
Novel ini juga memaparkan 7 subcerita seperti berikut:[1]
- Cerita 1 - Kacuk
- Kisah cinta antara Azim dan Elmira. Sebuah cinta terlarang antara mereka. Kerana Azim adalah...
- Cerita 2 - Terapung
- Kesemua bayi yang dilahirkan pada 1/1/2000,pada pukul 12:01 a.m. mempunyai kemampuan untuk terbang pada usia remaja! - Antara ketujuh-tujuh cerita,inilah cerita yang paling kurang menarik perhatian saya. Banyak perkara yang tergantung di dalam cerita ini yang dibiarkan tidak terjawab.
- Cerita 3 - Ramalan
- Mengisahkan seorang suri rumah yang mengalami mimpi ngeri. Mimpi yang benar-benar menghantuinya kerana mimpinya bersifat deja-vu dan umpama benar-benar berlaku di dalam kehidupannya. Dia menyaksikan suami dan empat anaknya dibunuh di hadapan matanya sendiri di dalam mimpinya itu!
- Cerita 4 - Tumpang
- Mati hidup kembali! Seorang wanita yang dianggap mati,telah bangkit semula untuk menyelesaikan perkara yang masih belum selesai.
- Cerita 5 - Telefon
- Zakiah,yang mengambil upah menjahit pakaian telah dipinta oleh Suraya untuk menghubungi Azwa. Namun,dia tetap gagal menghubunginya selama beberapa hari. Manakala, Suraya tetap memintanya menelefon Azwa,setiap kali tiba waktu Maghrib! (4/5 bintang)
- Cerita 6 - Bunga Kematian
- Kemboja,dia hadir pada setiap upacara pengebumian. Kehadirannya menggamit perasaan yang luar biasa rasanya kepada Aswad. Tambah pelik, Kemboja sukakan kematian. Siapakah Kemboja sebenarnya?
- Cerita 7 - Batik Sentung Biru
- Umpama Mariam,kisah ibu Nabi Isa a.s.,Anom tiba-tiba mengandung tanpa bersuami! Perkara ini telah menyebabkan Anom dicemuh,baik secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Misterinya,kesemua orang yang menghina diri dan kandungannya secara berhadapan,mati dalam keadaan yang mengerikan. Adakah fenomena yang berlaku ke atas Anom mempunyai kaitan dengan kain batik berwarna biru yang dijumpainya di dahan pokok jati di belakang rumahnya?
Gaya penceritaan
suntingBahasa yang digunakan adalah campuran antara Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan Bahasa Melayu Rendah (BMR). BMT digunakan di dalam bahagian penceritaan atau naratif. Manakala,BMR digunakan di dalam dialog. Dialognya ala-ala dialog yang lazimnya digunakan di dalam novel FIXI. Terdapat beberapa kesilapan ejaan. Sebagai kesimpulannya,novel ini menghiburkan untuk dibaca. Penulis juga berjaya menampilkan idea dan jalan cerita yang segar dan unik.[1]
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ a b Isa, Hilmi. "Hilmi Isa's Reviews > Jangan Baca Novel Ini". Goodreads. Dicapai pada 5 September 2014.