Jangan Tegur... Lagi

Jangan Tegur … Lagi ialah sebuah siri televisyen seram Malaysia yang merupakan terbitan turunan dari filem Jangan Tegur.

Jangan Tegur … Lagi
PengarahIsmail Bob Hasim
Dibintangi oleh
Rabecca Nur Islam
Eizlan Yusuf
Puteri Mardiana
Aida Aris
Negara asal Malaysia
Bilangan episod13
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal19 November 2009 – 8 Februari 2010

SinopsisSunting

Apabila Natasya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia jatuh koma, dia mula dihantui mimpi tentang seorang wanita aneh yang bernama Baizura. Bila sedar, Natasya mendapati kehidupannya mula berubah apabila dia kini mampu melihat makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya.

Natasya amat pasti bahawa kejadian-kejadian misteri ini ada kiatan dengan Baizura. Suami Natasya, Kamal berusaha membawanya pergi berubat walaupun tidak mempercayai benda-benda khurafat ini. Masalah baru timbul apabila Kamal mula menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau juga didatangi hantu dan makhluk ghaib. Dengan bantuan keluarga, bermacam-macam cara Natasya cuba memulihkan Kamal tetapi keadaan Kamal tidak berubah.

Kamal tidak percaya dirinya disihir, malah menghabiskan masa dengan Dr. Maria untuk mencari punca saintifik permasalahannya. Hubungan rumah tangga Kamal dan Natasya semakin bermasalah. Apabila mengetahui perbuatan Nastasya yang melibatkan ilmu mistik, ibu dan bapa mentuanya marah padanya. Kamal pula enggan menerima dirinya lagi dan menuduhnya lupa diri. Natasya benar-benar berputus asa dan memulakan hidup baru secara sendirian. Namun, roh Baizura enggan melepaskannya dan terus mengganggu hidupnya.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Nurul Aini Abu Bakar, “Filem Jangan Tegur mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian penontonnya dengan kutipan tiket sebanyak RM4.6 juta di Malaysia dan Singapura. Melihatkan impak filem ini yang berkesan, TV3 yakin drama bersiri Jangan Tegur … lagi arahan Ismail Bob Hashim pasti menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan lebih seram. Selain dari jalan cerita, barisan pelakon dan keberkesanan skrip, lokasi penggambaran juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan suasana debar dan seram kepada penonton di mana sebuah hospital lama di Sungai Buloh dijadikan lokasi utamanya selain di Hulu Langat, Selangor.”[1]

RujukanSunting

  1. ^ Drama Seram Jangan Tegur… Lagi, Sensasi Selebriti, 17 November 2009.

Pautan luarSunting

  • []
TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Jangan Tegur … Lagi'
(19 November 2009 – 8 Februari 2010)
Berikutnya
Keliwon Penunggu Gunung Raya