Jata negara Turkmenistan dibuat selepas ia mendapat kemerdekaan dari Soviet Union dalam tahun 1991. Lapan penjuru bintang atau dikenali sebagai bintang Rub El Hizb (۞), satu simbol agama Islam, yang merupakan agama majoriti. Terdapat satu bulatan berwarna merah, yang terdapat 5 jenis hamparan karpet, dan ditengah-tengah bulatan berwarna merah, terdapat unsur binatang kuda jenis Akhal-Teke, yang merupakan kebanggaan orang-orang Turkmen. Dalam sekitar tahun 1992 hingga ke 2003, terdapat beberapa jenis jata digunakan termasuk juga warna dan bentuk. [1][2]

Jata semasa yang digunakan sejak 2003.
Jata semasa yang digunakan sejak 2003.


Motif karpet yang terdapat dibulatan berwarna merah mewakili 5 kaum utama atau rumah, dan memberi maksud untuk tradisi dan nilai-nilai agama bagi negara ini. Kaum utama yang dimaksudkan ialah (mengikut turutan karpet): Teke (Tekke), Yomut (Yomud), Arsari (Ersari), Chowdur (Choudur), dan Saryk (Saryq).


Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.