Jung Chae-yeon (Hangul: 정채연; lahir 1 Disember 1997) atau lebih dikenali sebagai Chaeyeon, ialah seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, DIA. Beliau menduduki tempat ke–7 di dalam Produce 101 dan menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan wanita I.O.I.

Jung Chae-yeon
정채연
Kelahiran
Jung Chae-yeon

(1997-12-01) 1 Disember 1997 (umur 26)
Suncheon, Jeolla Selatan, Korea Selatan
PendidikanSekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanJeong Chae-yeon
McCune–ReischauerChŏng Chaeyŏn
Tandatangan

Kehidupan awal sunting

Jung Chae-yeon lahir pada 1 Disember 1997 di Suncheon, Jeolla Selatan, Korea Selatan. Beliau menghadiri School of Performing Arts Seoul dari tahun 2012 sehingga 2016 bersama ahli DIA, Ahn Eun-jin. Pada 4 Februari 2016, Jung tamat pembelajaran dari sekolah tersebut.[4]

Kerjaya sunting

Chaeyeon merupakan seorang pelatih MBK Entertainment selama 8 bulan. Sebelum kemunculan pertama rasminya bersama DIA, beliau muncul di dalam video muzik Elsie dan K.Will untuk lagu "I'm Good" sebagai watak utama.[5]

2015: Debut dengan DIA sunting

Pada bulan Januari 2015, MBK Entertainment mengumumkan rancangan mereka untuk membentuk kumpulan wanita baru, pada asalnya dengan strategi untuk mempunyai calon berkemungkinan untuk bertanding di dalam sebuah program realiti.[6] Selepas idea itu dimansuhkan, MBK mengambil keputusan untuk memilih ahli secara dalaman dan barisan ahli terakhir didedahkan dengan tujuh ahli termasuk Seung-hee, Cathy, Eunice, Jenny, Ye-bin, Eun-jin dan Chae-yeon sendiri.[7]

DIA mengeluarkan album sulung mereka, Do It Amazing pada 14 September 2015 bersama lagu utama, "Somehow".[8] Penampilan awam rasmi pertama mereka merupakan pada hari yang sama dimana kumpulan ini membuat persembahan di Dewan Seni Ilchi, Seoul. Mereka membuat penampilan pentas rasmi pertama mereka di dalam program muzik, M! Countdown pada 17 September 2015.

2016: Produce 101, I.O.I dan debut lakonan sunting

Pada bulan Disember 2015, MBK Entertainment mengumumkan bahawa Jung menarik diri buat sementara waktu dari kumpulan untuk menyertai rancangan Produce 101 dimana beliau menjalani ujian pemilihan dan menandatangani kontrak sebelum DIA membuat kemunculan pertama.[9] Chaeyeon menduduki tempat ketujuh secara keseluruhan dengan 215,338 undi sebelum membuat kemunculan pertama bersama kumpulan projek, I.O.I pada bulan Mei 2016.[10] Seminggu selepas album mini sulung mereka, Chrysalis dikeluarkan, MBK Entertainment mengesahkan bahawa Chaeyeon akan kembali ke DIA untuk kemunculan kembali mereka pada bulan Jun 2016.[11] Pemilihannya untuk berlakon di dalam drama tvN, Drinking Solo telah disahkan pada 30 Jun 2016.[12]

Album mini kedua DIA, Spell dikeluarkan pada 13 September 2016 bersama lagu utama, "Mr. Potter". Selain daripada drama Drinking Solo, Chaeyeon juga muncul di dalam rancangan varieti Hit the Stage bersama ahli DIA, Eun-jin dan Go Go With Mr. Paik bersama Onew dari Shinee.[13] Chaeyeon juga telah didedahkan sebagai wajah baru jenama barang kemas, Lamucha pada minggu yang sama dan menandatangani kontrak selama setahun bernilai 200 juta won.[14]

Chaeyeon menyertai semula I.O.I untuk promosi kedua mereka sebagai kumpulan penuh menerusi album mini, Miss Me? bersama lagu utama, "Very Very Very" pada 17 Oktober 2016. Semasa siaran 21 Oktober 2016 Music Bank, beliau membuat persembahan dua kali; sekali bersama DIA untuk persembahan terakhir mereka di televisyen untuk lagu "Mr. Potter" dan kemudiannya bersama I.O.I. semasa promosi mereka untuk lagu "Very Very Very".[15]

Pada bulan Disember 2016, Chaeyeon telah dipilih untuk berlakon di dalam drama web 109 Strange Things yang juga dibintangi Choi Tae-joon. Chaeyeon memainkan watak sebagai pelajar falsafah senior Shin Ki-won yang keluarganya mengambil KDI-109, sebuah robot dari masa depan. Drama ini akan ditayangkan di Naver TV Cast pada awal tahun 2017, dengan enam episod.[16] Chaeyeon mula menjadi model untuk Jill Stuart New York pada bulan Januari 2017.[17]

2017–sekarang: Kejayaan lakonan sunting

Pada tahun 2017, Chaeyeon berlakon di dalam drama SBS, Reunited Worlds sebagai versi muda karakter Lee Yeon-hee.[18] Beliau kemudiannya membintangi drama web I Am.[19] Pada bulan Disember, Chaeyeon diumumkan telah menyertai barisan ahli rancangan realiti SBS, Law of the Jungle untuk episod Chile.[20]

Pada tahun 2018, Chaeyeon membintangi drama hujung minggu KBS Marry Me Now, memainkan watak sebagai Jang Mi-hee versi yang lebih muda.[21] Chaeyeon juga berlakon dalam filem pertamanya, Live Again, Love Again,[22] yang ditayangkan pada Februari 2018.[23] Pada bulan yang sama, Chaeyeon diumumkan sebagai pengacara baru untuk program muzik SBS Inkigayo.[24][25] Chaeyeon berlakon dalam drama muzik KBS To. Jenny, watak utama pertamanya di televisyen.[26][27]

Chaeyeon membintangi drama romantik remaja Netflix First First Love.[28][29]

Diskografi sunting

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Role Notes Ref.
2018 Live Again, Love Again Yoon-hee Watak utama [22]

Siri televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota Ref.
2016 Drinking Solo Jung Chae-yeon tvN [30][31]
2017 Reunited Worlds young Jung Jung-won SBS Episod 1, 2, 4, 5, 8, 11, 16, 40 [32]
2018 Marry Me Now young Lee Mi-yeon KBS2 Episod 1, 4–10, 44 [33][34]
To. Jenny Kwon Na-ra Watak utama [35][36]
2019 My First First Love Han Song-yi Netflix [37]

Siri web sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota Ref.
2015 Sweet Temptation Ah-mi Naver TV Cast Cameo
2017 109 Strange Things Shin Ki-won bersama Choi Tae-joon [38]
I AM Annie [39]

Rancangan televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran Nota / Peranan Ref.
2016 Produce 101 Mnet Pertunjukan survival yang menentukan ahli I.O.I [40]
Go Go Mr.Paik! tvN Ahli [41]
2017 Battle Trip KBS2 Pengacara khas (Episod 65–67) [42][43]
2018 Law of the Jungle in Patagonia SBS Ahli
Inkigayo Pengacara [24][25]
2019 The Barber of Seville MBC Ahli [44]

Videografi sunting

Video muzik sunting

Tahun Video muzik Album
2016 "Our Night is More Beautiful Than Your Day"
(with Yoon Bo-mi, Kim Nam-joo, LE, Seo In-young, Lee Seok-hoon, Taewoon, Yang Da-il, Brother Su, Chancellor dan Kang Min-hee)
Merry Summer

Kredit penulisan lagu sunting

Semua kredit lagu diadaptasi dari pangkalan data Korea Music Copyright Association, kecuali dinyatakan sebaliknya[45]

Tahun Lagu Album Artis Bersama
2016 "The Trainee" Happy Ending DIA semua ahli DIA
"#더럽" Spell 노는어린이, Yoon Young-min, ahli DIA
"Will You Go Out With Me?" YOLO Eunice, Jenny, Yebin, Eunjin, Huihyeon, Ddoli Park, Peter Pan
"Mannequin" Eunice, Huihyeon, Jenny, Eunjin, Yebin, Stainboys
"You Are My Flower" Eunice, Yebin, 79
"Independence Movement Day" Eunice, Huihyeon, Jenny, Eunjin, Yebin, Eunchae
"Will You Go Out With Me?" (2016) Eunice, Jenny, Yebin, Eunjin, Huihyeon, Ddoli Park, Peter Pan
"You Are My Flower" (DIA only version) Eunice, Yebin, 79
"Will You Go Out With Me?" (Ballad version) Eunice, Jenny, Yebin, Eunjin, Huihyeon, Ddoli Park, Peter Pan
"너는 달 지구" First Miracle DIAID I BinChaenHyunSeu Eunice, Huihyeon, Yebin

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan Ref.
2017 3rd Fashionista Awards Rising Star Award Tercalon [46]
2nd Asia Artist Awards Best Rookie Award — Television Reunited Worlds Menang [47]
Korea First Brand Awards Female Acting Idol Menang [48]
25th SBS Drama Awards Best New Actress Reunited Worlds Tercalon
2018 31st Grimae Awards Best New Actress To. Jenny Menang [49]
2018 KBS Entertainment Awards Hot Issue Entertainer Menang [50][51]

Nota sunting

  1. ^ a b c Sebagai ahli I.O.I sahaja.[1][2][3]

Rujukan sunting

  1. ^ "I.O.I Dikonfirmasi Siap 'Comeback'". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesian). June 28, 2019. Dicapai pada August 15, 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Lee, Min-ji (July 1, 2019). 9인조 컴백 I.O.I, 스튜디오 블루-스윙엔터 손 잡았다(공식). Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 15, 2019.
  3. ^ "Girl band I.O.I gets back together for new album in Oct". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). July 2, 2019. Dicapai pada July 2, 2019.
  4. ^ "[S영상] 유주 은하 도겸 등 '고등학교 졸업 현장' (서울공연예술고등학교 졸업식)". Star Daily. 4 Februari 2016.
  5. ^ "Get To Know DIA, K-Pop's Newest Girl Group". Kpopstarz. 21 Ogos 2015.
  6. ^ ""MBK Entertainment (Core Contents Media) reported to also unleash a new girl group this year"". Allkpop. 6 Januari 2015.
  7. ^ "Final lineup revealed for MBK's newest girl group". Kpop Herald. 16 Jun 2015.
  8. ^ ""DIA says it's 'Somehow' a good day in debut MV"". Allkpop. 14 September 2015.
  9. ^ "DIA′s Hee Hyeon Opens Up About ′Produce 101′ Elimination". enewsWorld. 15 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 22 Januari 2017.
  10. ^ "101 girls down to 'I.O.I'". The Korea Times. 4 April 2016.
  11. ^ "Jung Chae-yeon's dual activities with Dia and I.O.I 'not problematic'". Kpop Herald. 11 Mei 2016.
  12. ^ "DIA Jung ChaeYeon Celebrates the First Airing of "Drinking Solo"". Kpopmap. Dicapai pada 6 September 2016.
  13. ^ "tvN's [Go Go with Mr. Paik] is premiering". CJ. Dicapai pada 15 Ogos 2017.
  14. ^ Hwang, Hye-jin. "정채연 대세 맞네, 1년 광고 모델료 2억원 '파격 대우'". Daum 연예. Newsen. Dicapai pada 27 November 2016.
  15. ^ "[POP이슈]"1음방 2무대" 정채연, I.O.I 위한 이유있는 '두탕'". Herald Pop. Herald Corporation. 19 Oktober 2016. Dicapai pada 27 November 2016.
  16. ^ "DIA's Jung Chae-yeon & Choi Tae-joon Cast In New Web Drama". KBS World Radio. KBS World Radio. Dicapai pada 29 December 2016.
  17. ^ Lee, Min-ji. "다이아 정채연, 소녀와 숙녀의 경계[포토엔]". Nate (dalam bahasa Korea). SK Communications. Dicapai pada 5 January 2017.
  18. ^ "정채연, '다시 만난 세계' 출연확정…"세부 조율 중" [공식입장 전문]". Sports Donga. 2 Jun 2017.
  19. ^ "Jung Chae-yeon stars as robot in 'I Am'". Kpop Herald. 24 Julai 2017.
  20. ^ "[SBS Star] DIA's Jung Chaeyeon, NU'EST's JR to Join 'Law of the Jungle'". SBS News. 22 Disember 2017.
  21. ^ "유인혁X정채연, KBS 새 주말극 '같이 살래요' 출연 확정(공식)". Herald Corporation (dalam bahasa Korea). 27 December 2017.
  22. ^ a b "DIA's Jung Chae-yeon to play lead role in movie with rapper SanE". Kpop Herald. 12 January 2018.
  23. ^ "Korean-Vietnamese Co-production LIVE AGAIN, LOVE AGAIN Starring JUNG Chae-yeon Released in Vietnam". Korean Film Biz Zone. 12 February 2018.
  24. ^ a b "Three New MCs Selected for SBS 'Inkigayo'!". SBS News. 13 February 2018.
  25. ^ a b "세븐틴 민규·다이아 정채연·송강, '인기가요' 새 MC 확정(공식)". YTN (dalam bahasa Korea). 13 February 2018.
  26. ^ "Jung Chae-yeon gets first lead role". Korea JoongAng Daily. 13 June 2018.
  27. ^ "DIA's Jung Chae-yeon talks about difficulties of starring in 'To Jenny'". Kpop Herald. 10 July 2018.
  28. ^ "지수X정채연X진영, '첫사랑은 처음이라서' 출연확정(공식)". Herald Corporation (dalam bahasa Korea). 14 September 2018.
  29. ^ "Netflix announces cast for new mini-series". Korea JoongAng Daily. 15 September 2018.
  30. ^ "'혼술남녀' 정채연, 키 아닌 공명과 짝사랑 시작". Naver (dalam bahasa Korea). October 14, 2016. Dicapai pada February 14, 2020.
  31. ^ "tvN 측 "정채연 '혼술남녀' 출연확정…공시생役"". Nate (dalam bahasa Korea). July 1, 2016. Dicapai pada February 14, 2020.
  32. ^ "[단독]정채연, SBS '다시 만난 세계' 주인공 아역". isplus.live.joins.com (dalam bahasa Korea). 2 June 2017.
  33. ^ ""첫♥의 추억"…'같이 살래요' 정채연X장성범, 36년 전 첫 데이트". Naver (dalam bahasa Korea). March 8, 2018.
  34. ^ "정채연X유인혁 '같이살래요' 출연, 첫사랑 役 '싱그러운 케미'". Naver (dalam bahasa Korea). December 27, 2017.
  35. ^ "정채연, '투제니' 주연 캐스팅…'대세 연기돌 입증'". Naver (dalam bahasa Korea). June 12, 2018.
  36. ^ "김성철-정채연의 KBS '투제니' 7월10일 방송". Naver (dalam bahasa Korea). June 25, 2018.
  37. ^ "'첫사랑은 처음이라서' 지수X정채연X진영, 우정과 사랑 사이 (종합)". Naver (dalam bahasa Korea). April 12, 2019. Dicapai pada February 14, 2020.
  38. ^ "'109 별일 다 있네' 정채연·최태준 포스터 공개…달달 로맨스 예고". Naver (dalam bahasa Korea). February 1, 2017. Dicapai pada February 14, 2020.
  39. ^ "'다시 만난 세계' 여진구♥정채연, 어부바 데이트···안구 정화 투샷". Naver (dalam bahasa Korea). July 25, 2017. Dicapai pada February 14, 2020.
  40. ^ Seon, Mi-kyung (2 April 2016). "'프로듀스101' 전소미, 1위 지켰다…이변없는 I.O.I 멤버 11인 확정[종합]". Nate (dalam bahasa Korean). OSEN. Dicapai pada 15 December 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "백종원-온유-정채연 먹자먹, 보기만 해도 행복한 '쿡토피아'". Naver (dalam bahasa Korean). August 30, 2016. Dicapai pada February 14, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  42. ^ "Jung Chae-yeon to join "Battle Trip" as a special MC". Chosun News (dalam bahasa Korean). 25 August 2017. Dicapai pada 26 August 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  43. ^ "'Battle' DIA's Jung Chaeyeon is the special MC! [Battle Trip]". KBS World. 8 September 2017. Dicapai pada 3 June 2018.
  44. ^ "'세빌리아의 이발사' 이민정부터 정채연까지..첫 단체 스틸컷 공개". Naver. July 4, 2019. Dicapai pada January 6, 2020.
  45. ^ "Songs Registered Under JEONG CHAE YEON" (To view, search "10012589" in the "Writers & Publishers" search bar). Korea Music Copyright Association (KOMCA). Dicapai pada January 5, 2020.
  46. ^ ""올해는 누구?" 2017 패셔니스타 어워즈, 더욱 뜨겁게 돌아온다". Naver (dalam bahasa Korea). 13 October 2017.
  47. ^ "Kim Hee Sun & EXO win Grand Prize Awards at the 2017 Asia Artist Awards". KBS World. 16 November 2017.
  48. ^ "[공식] 소미·청하·육성재·정채연, 2018년 이끌 브랜드 선정". Naver (dalam bahasa Korea). 6 November 2017.
  49. ^ "장혁·김선아, 그리메상 수상…정채연 신인상" (dalam bahasa Korea). 4 December 2018.
  50. ^ "[KBS연예대상] 이영자, KBS 첫 여성 연예대상…새 역사 썼다 (종합)". Naver (dalam bahasa Korea). December 23, 2018. Dicapai pada December 23, 2018.
  51. ^ "[종합] '2018 KBS 연예대상' 이영자 데뷔 27년만에 첫 대상 "웃기고 뭉클" (수상소감)". Naver (dalam bahasa Korea). December 23, 2018. Dicapai pada December 23, 2018.

Pautan luar sunting