Justin Kirk (lahir 28 Mei 1969) merupakan pelakon teater dan filem Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali sebagai Prior Walter menerusi adaptasi skrin Mike Nichols, Angels in America, yang mana beliau mendapat pencalonan Emmy untuk "Best Supporting Actor in a Mini-Series".

Justin Kirk
Kirk di the Paley Center untuk Media Gala Honoring Showtime Networks - Century Plaza Hotel, Los Angeles
Kelahiran (1969-05-28) 28 Mei 1969 (umur 54)
PekerjaanActor
Tahun aktif1995–kini

Latar belakang sunting

Kirk dilahirkan di Salem, Oregon, Amerika Syarikat. Beliau dibesarkan di Union, Washington dan berhijrah ke Minneapolis ketika berusia 12 tahun, sebelum ke New York City selepas tamat sekolah tinggi. Di New York City, beliau menamatkan dua tahun program lakonan di "Circle in the Square".

Penampilan pertama di dalam Broadway ialah untuk pementasan Any Given Day, yang dipentaskan di Longacre Theatre. Beliau juga muncul di Love! Valour! Compassion! untuk skrin dan pentas.

Kirk juga muncul di dalam filem Chapter Zero, The Eden Myth, Puccini for Beginners, Flannel Pajamas, dan Call o' the Glen. Selain itu, beliau pernah muncul di dalam siri TV Jack & Jill.

Kirk kini muncul sebagai Andy Botwin menerusi siri TV Weeds disamping Elizabeth Perkins dan Mary-Louise Parker.

Beliau kini berulang alik dari New York City ke Los Angeles.

Filemography sunting

Televisyen sunting

Filem sunting

Pautan luar sunting