Kabinet Hesham Qandil

Kabinet Hesham Qandil merupakan barisan jemaah menteri Mesir di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Hesham Qandil yang mengangkat sumpah pada 2 Ogos 2012.[1] Ia merupakan kabinet semasa Mesir di bawah kepimpinan Presiden Mohamed Morsi. Hesham Qandil telah dilantik oleh Presiden berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri yang dinamakan oleh pihak tentera, Kamal Ganzouri. Kabinet ini mempunyai 36 orang menteri.[2] Pemerintahan ini dibentuk oleh teknokrat, dengan penyertaan lima orang dari Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan seorang setiap parti dari Parti Al-Wasat dan Parti Kebangkitan.[3][2]

Kabinet Hesham Qandil

Kabinet Mesir
Tarikh dibentuk2 Ogos 2012
Tarikh dibubarkan8 Julai 2013
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraMohamed Morsi,
Presiden
Ketua kerajaanHesham Qandil,
Perdana Menteri
Parti anggotaBebas
Disokong oleh:
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP)
Parti Al-Wasat
Parti Kebangkitan
Status dalam badan perundanganTeknokrat disokong oleh kerjasama parti politik yang diketuai FJP
Sejarah
Pilihan rayaPilihan raya parlimen Mesir 2011–12
PendahuluGanzouri II
PenggantiKabinet Beblawi

Rombakan

sunting

Pada 12 Ogos 2012, Presiden Mohamed Morsi melantik Abdel Fattah el-Sisi sebagai menteri pertahanan dan Reda Hafez sebagai menteri penghasilan ketenteraan.[4][5]

Pada 17 November 2012, menteri pengangkutan Mohammad Rashad Al Matini meletak jawatan rentetan peristiwa kemalangan rel kereta api Manfalut.[6]

Pada 5 Januari 2013, rombakan kabinet dibuat untuk menggantikan sepuluh menteri.[7] Bilangan menteri dari FJP bertambah dari lima kepada lapan orang selepas rombakan.[8]

Pada 7 Mei 2013, rombakan kabinet yang lain dilakukan menggantikan sembilan menteri. Bilangan menteri FJP bertambah menjadi sepuluh daripada jumlah keseluruhan 36 orang..[9][10][11][12]

Peletakan jawatan

sunting

Pada 1 Julai 2013, lima orang anggota kabinet meletak jawatan secara bersama. Mereka ialah menteri pelancongan Hisham Zazou, menteri komunikasi dan teknologi maklumat Atef Helmi, menteri hal ehwal perundangan dan parlimen Hatem Bagato, menteri alam sekitar Khaled Abdel-Aal, dan menteri kemudahan sanitasi dan air minuman Abdel Khalifa.[13][14]

Pada 2 Julai 2013, menteri luar Mohamed Kamel Amr, menteri petroleum Sherif Hadarra, dan menteri sukan El Amry Farouk meletak jawatan.[15][16]

Pada 4 Julai 2013, sehari selepas rampasan kuasa Mesir 2013, Parti Kebebasan dan Keadilan mengumumkan sembilan orang menteri mereka meletak jawatan.[17] Kabinet dibubar pada 8 Julai 2013 dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Hesham Qandil sebagai bantahan terhadap pembunuhan 61 orang pembantah oleh tentera di ibu pejabat Pengawal Republik.[18]

Anggota kabinet

sunting
Jawatan Senarai asal Rombakan 1 (Januari 2013) Rombakan 2 (Mei 2013)
Nama Nama Nama
Perdana Menteri Hesham Qandil (Bebas)
Kementerian Penuh
Kementerian Dalam Negara Ahmed Gamal El Din (Bebas) Mohamed Ibrahim (Bebas)
Kementerian Pertahanan Abdel Fattah al-Sisi (Tentera)
Kementerian Hal Ehwal Luar Mohamed Kamel Amr (Bebas)
Kementerian Kewangan Momtaz El-Saeed (Bebas) Morsi El Sayed Hegazy (Bebas) Fayyad Abdel Moneim (Bebas)
Kementerian Jaminan dan Hal Ehwal Sosial Nagwa Khalil (Bebas)
Kementerian Penyelidikan Ilmiah Nadia Zakhary (Bebas)
Kementerian Kemudahan Snitasi dan Air Minuman Abdel Khalifa (Bebas)
Kementerian Kebudayaan Mohamed Arab (Bebas) Alaa Abdel-Aziz (Kesatuan Arab)
Kementerian Kehakiman Ahmed Mekki (Bebas) Ahmed Soliman (Bebas)
Kementerian Pelaburan Osama Saleh (Bebas) Yehia Hamed Abdel-Samie Hamed (FJP)
Kementerian Pendidikan Ibrahim Deif (Bebas)
Kementerian Pengangkutan Mohammad Rashad Al Matini (Bebas) Hatem Abdel Latif (FJP)
Kementerian Tenaga dan Elektirik Mahmoud Balbaa (Bebas) Ahmed Emam (Bebas)
Kementerian Pelancongan Hisham Zazou (Bebas)
Kementerian Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Salah Abdel Moamen (Bebas) Ahmed Mahmoud Ali El-Gizawi (Bebas)
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Hany Mahmoud (Bebas) Atef Helmi (Bebas)
Kementerian Hasil Petroleum dan Pelogaman Osama Kamal (Bebas) Sherif Hadarra (Bebas)
Kementerian Sumber Air dan Pengairan Mohamed Bahaa Eldin (Bebas)
Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Tarek Wafik (FJP)
Kementerian Pengajian Tinggi Mostafa Mussad (FJP)
Kementerian Bekalan dan Perdagangan Dalam Negeri Zeid Mohamed (Bebas) Bassem Audah (FJP)
Kementerian Tenaga Manusia dan Imigresen Khaled Azhari (FJP)
Kementerian Wakaf Talaat Afifi (Bebas)
Kementerian Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Ashraf El-Araby (Bebas) Amr Darrag (FJP)
Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mohamed Hamed (Bebas)
Kementerian Penerangan Salah Abdel Maqsoud (FJP)
Kementerian Penerbangan Awam Samir Imbabi (Bebas) Wael El-Maadawy (Bebas)
Kementerian Industri dan Perdagangan Asing Hatem Saleh (Kebangkitan)
Kementerian Negara
Kementerian Negara bagi Hasil Ketenteraan Reda Hafez (Bebas)
Kementerian Negara bagi Hal Ehwal Kepurbaan Mohamed Ibrahim Al Sayed (Bebas) Ahmed Eissa (Al-Wasat)
Kementerian Negara bagi Hal Ehwal Persekitaran Mostafa Hussein Kamel (Bebas) Khaled Abdel-Aal (Bebas)
Kementerian Negara bagi Pembangunan Tempatan Ahmed Abdeen (Bebas) Mohammed Ali Beshr (FJP)
Kementerian Negara bagi Hal Ehwal Parlimen Mohamed Mahsoub (Al-Wasat) Omar Salem (Bebas) Hatem Bagato (Bebas)
Kementerian Negara bagi Hal Ehwal Belia Osama Yassin (FJP)
Kementerian Negara bagi Hal Ehwal Sukan El Amry Farouk (Bebas)

Rujukan

sunting
  1. ^ Luiz Sanchez; Ahmed Aboul Enein (2 Ogos 2012). "Qandil cabinet presents final list of nominees to be sworn in". Daily News Egypt. Dicapai pada 9 September 2012.
  2. ^ a b "Egypt PM Qandil makes some surprise, controversial ministerial choices". Al Ahram. 3 Ogos 2012. Dicapai pada 1 Disember 2012.
  3. ^ "The Brothers of the Cabinet". Egypt Independent. 10 Ogos 2012. Dicapai pada 8 Disember 2012.
  4. ^ "Meet General El-Sisi, Egypt's defence minister - Politics - Egypt".
  5. ^ "Egypt's Tantawi, Anan not under house arrest: Morsi spokesman - Politics - Egypt".
  6. ^ "Egyptian school bus crashes with train, killing 50, transportation minister resigns". Xinhua. Cairo. 17 November 2012. Dicapai pada 9 Disember 2012.
  7. ^ Shalaby, Ethar (6 Januari 2013). "Ten new ministers take oath in Cabinet reshuffle". Daily News. Dicapai pada 30 Januari 2013.
  8. ^ Fouly, Mahmoud (6 Januari 2013). "Egypt's 10-minister cabinet reshuffle meets with opposition dissatisfaction". Xinhua. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2013. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  9. ^ "Egypt's Morsi Brings More Islamists into Cabinet". Voice of America. Reuters. 7 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2013. Dicapai pada 16 Jun 2013.
  10. ^ "Nine new ministers announced in Egypt cabinet reshuffle". Ahram Online. 7 Mei 2013. Dicapai pada 16 Jun 2013.
  11. ^ El Din, Gamal Essam (7 Mei 2013). "A disappointing reshuffle". Al Ahram Weekly. 1152. Dicapai pada 16 Jun 2013.
  12. ^ "Who's who: Egypt's new ministers". Ahram Online. 7 Mei 2013. Dicapai pada 17 Jun 2013.
  13. ^ "Egypt ministers resign amid unrest". Al Jazeera. 1 Julai 2013. Dicapai pada 1 Julai 2013.
  14. ^ "Qandil to submit cabinet proposals for political crisis". Daily News Egypt. 2 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.
  15. ^ "Mohamed Kamel Amr, Egypt Foreign Minister, Reportedly Resigns". HuffPost. Reuters. 1 Julai 2013. Dicapai pada 1 Julai 2013.
  16. ^ "Egyptian sports minister resigns". Anadolu Agency. 2 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.
  17. ^ "Freedom and Justice Party cabinet members resign". 4 Julai 2013.
  18. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2015. Dicapai pada 9 Jun 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)