Khaled Mahmoud Azhari (lahir 16 Disember 1966) ialah seorang ahli politik Mesir dan bekas Menteri Tenaga Manusia dan Imigresen. Beliau merupakan salah seorang anggota Parti Kebebasan dan Keadilan yang berkhidmat dalam Kabinet Qandil[1] era kepresidenan Mohamed Morsi

Khaled Azhari
Menteri Tenaga Manusia dan Imigresen
Dalam jawatan
2 Ogos 2012 – 4 Julai 2013
PresidenMohamed Morsi (FJP)
Perdana MenteriHesham Qandil (Bebas)
Digantikan olehKamal Abu Eita (Karamah)
Butiran peribadi
Lahir (1966-12-16) 16 Disember 1966 (umur 57)
KerakyatanMesir
Parti politikParti Kebebasan dan Keadilan (FJP)
Alma materInstitut Teknikal Kimia
Maktab Tinggi Pengajian Islam

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Khaled dilahirkan pada 16 Disember 1966.[2] Beliau menerima ijazah sarjana muda sains dari Institut Teknikal Kimia pada 1987.[2] Kemudian beliau memperoleh sarjana muda undang-undang (LL.B.) pada 2002 dan sarjana dalam syariah dan undang-undang dari Maktab Tinggi Pengajian Islam pada 2004.[2]

Kerjaya sunting

Khaled bekerja sebagai seorang pengarah kawalan kualiti di Amal Petroleum Company.[2] Beliau merupakan naib presiden Persekutuan Kesatuan Sekerja Mesir,[3] dan salam seorang anggota Kesatuan Umum Pekerja Mesir.[4] Beliau merupakan salah seorang mangsa keganasan polis Mesir pada 2010.[5]

Kerjaya politik sunting

Khaled terpilih dalam Dewan Perhimpunan Rakyat mewakili FJP pada 2011. Pada Januari 2012, beliau dinamakan sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa tenaga manusia parlimen.[2][6] Beliau juga menjadi seorang daripada 85 anggota Dewan Perlembagaan.[7] Dewan tersebut ditugaskan merangka perlembagaan baharu Mesir.[8]

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Tenaga Manusia dan Imigresen pada 2 Ogos 2012.[5] Pelantikan beliau membawa kepada kesangsian terhadap potensi Ikhwan Muslimin dalam mengatasi hal ehwal pekerja di Mesir.[9] Beliau dan anggota FJP yang lain telah meletak jawatan daripada kabinet pada 4 Julai 2013 ekoran rampasan kuasa di Mesir.[10] Tempoh khidmat beliau berakhir pada 16 Julai 2013 apabila pemerintahan pemangku yang diketuai Hazem Al Beblawi dibentuk.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Brothers of the Cabinet". Egypt Independent. 10 August 2012. Dicapai pada 8 December 2012.
  2. ^ a b c d e Trager, Eric (September 2012). "Who's Who in Egypt's Muslim Brotherhood". The Washington Institute. Dicapai pada 8 December 2012.
  3. ^ "Egypt's cabinet" (PDF). American Chamber of Commerce in Egypt. Dicapai pada 8 December 2012.
  4. ^ "Khaled Azhari: Syndicate Freedoms Law a General Union of Workers Top Priority". Ikhwan Web. 22 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2012. Dicapai pada 17 December 2012.
  5. ^ a b Ashour, Omar (7 August 2012). "Egypt's New Old Government". Brookings. Dicapai pada 9 December 2012.
  6. ^ El Sayed, Nadine (1 September 2012). "Muslim Brothers in the Cabinet: The Strategic Five". Egypt Today. Dicapai pada 29 January 2013.[pautan mati kekal]
  7. ^ "Official: The 100 members of Egypt's revamped Constituent Assembly". Ahram Online. 12 June 2012. Dicapai pada 17 December 2012.
  8. ^ Fady Salah (4 December 2012). "The 85 people deciding the fate of Egypt". Daily News. Dicapai pada 11 December 2012.
  9. ^ Dina Bishara (6 September 2012). "Who speaks for Egypt's workers?". Foreign Policy. Dicapai pada 14 December 2012.
  10. ^ "Egypt Brotherhood ministers present official resignations". Ahram Online. 4 July 2013. Dicapai pada 18 July 2013.
  11. ^ Abigail Hauslohner (16 July 2013). "Interim Egyptian cabinet sworn in". The Washington Post. Cairo. Dicapai pada 16 July 2013.