Kakao M (Hangul카카오M; sebelum ini dikenali Seoul Records, YBM Seoul Records dan LOEN Entertainment), adalah syarikat hiburan Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Min Yeong-bin pada tahun 1978. Pada masa ini ia merupakan salah satu syarikat penerbit bersama terbesar di Korea Selatan. Syarikat ini beroperasi sebagai label rakaman, agensi bakat, syarikat produksi muzik, pengurus acara, syarikat produksi konsert, dan rumah penerbitan muzik.

Kakao M Corp.
Nama asal
주식회사 카카오엠
(penuh)
(주)카카오M
(pendek)
Awam Jusikhoesa (J.H.)
IndustriMuzik & Hiburan
GenrePelbagai
Ditubuhkan
  • di Seoul, Korea Selatan (sebagai Seoul Records, Inc.)(Oktober 1978 (1978-10) - incorporation)
  • (7 Julai 1982 (1982-07-07) - foundation)
PengasasMin Yeong-bin
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
Lee Jae-wook (CEO)[1]
Kim Young-suk (EVP/Head of Music Content Company)
Lee Jun-ho (EVP/Head of Video Content Company)[a]
KeluaranMuzik & Hiburan
PerkhidmatanMuzik & Hiburan, Pengedaran
Hasil KRW 323.2 bilion (2014)[2]
KRW 65.9 billion (2015)
KRW 58.4 billion (2014)[2]
KRW 50.6 billion (2015)
KRW 45.7 billion (2014)[2]
Jumlah aset KRW 303.8 billion (2014[2])
Bilangan pekerja
361 (sehingga Oktober 2016 (2016-10))[2]
IndukYBM Group (1978-2005)
SK Group (2005-2016)
Affinity Equity Partners (2013-2016)[3]
Kakao Corp. (2016-sekarang)[4][5]
Anak syarikatlihat senarai
Nama Korea
Hangul카카오 M
Perumian SemakanKakao M
McCune–ReischauerK'ak'ao M
Laman sesawangkakao-m.com

Setakat tahun 2015, ia merupakan syarikat rakaman utama di Korea Selatan dari segi pendapatan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea (CCIA) melalui Carta Muzik Gaon (30.4%); ia merupakan syarikat kedua terbesar dari segi jualan album (25.4%) menurut statistik yang sama.[6] LOEN Entertainment menjadi anak syarikat Kakao pada Januari 2016 dan kemudian dinamakan semula dua tahun kemudian.[4]

Penjualan muzik dalam talian menyumbang sebahagian besar keuntungan syarikat, dengan 93.9% pendapatan berasal dari penjualan muzik dalam talian. Label ini juga mengedarkan CD ke beberapa agensi hiburan lain di Korea Selatan melalui cawangannya 1theK, tetapi menghasilkan kurang dari 5% pendapatannya melalui mereka.[7]

Pelbagai labelSunting

Kakao M menguruskan artisnya dalam syarikat di bawah Music Content Company, termasuk LOEN Tree' (2012) dan Collabodadi (2014). Artis kolabodadi dipindahkan ke LOEN Tree pada bulan September 2015 dan kemudian LOEN Tree dinamakan semula sebagai Fave Entertainment pada bulan Februari 2017.

Kakao M memperoleh label bebas Starship Entertainment pada tahun 2013 dan label anak syarikat Cube Entertainment A Cube Entertainment (yang kemudian dinamakan semula Plan A Entertainment) pada tahun 2015, serta King Kong Entertainment yang diperoleh oleh Starship pada tahun 2015.

Pada bulan Jun 2016, Kakao M menubuhkan label bebas Mun Hwa In'.

Pada bulan Disember 2017, Kakao M menubuhkan agensi satu orang E&T Story Entertainment untuk pelakon Kim So-hyun, yang diketuai oleh pengurus lamanya, Park Chan-woo.[8] Pada Januari 2018, label bebas Kakao M, Plan A Entertainment telah mengambil alih agensi tersebut.

Pada 27 Jun 2018, Kakao M membuat pelaburan strategik dan menjalin kerjasama dengan tiga agensi pengurusan pelakon BH Entertainment, J.WIDE Company, Management SOOP, dan Korea's leading advertisement model casting agency, Ready Entertainment untuk mengglobalisasi kandungannya.[9]

Pada 13 Januari 2019, Kakao M memperoleh label bebas Blossom Entertainment.[10]

Pada 13 Februari 2019, Kakao M mengeluarkan kenyataan bahawa Plan A Entertainment dan Fave Entertainment akan bergabung menjadi Play M Entertainment pada 1 April.[11]

Pada 10 Disember 2019, Kakao M menubuhkan label baru EDAM Entertainment untuk menguruskan penyanyi solo lama mereka IU.[12]

Anak syarikatSunting

Mulai Disember 2019, syarikat berikut adalah anak syarikat Kakao M:[13]

  • Play M Entertainment[b] (sejak 2012)
    • E&T Story Entertainment (sejak 2017)
  • EDAM Entertainment (sejak 2019)
  • Cre.Ker Entertainment (sejak 2012)
  • Starship Entertainment[14] (sejak 2013)
    • Highline Entertainment[c] (sejak 2017)
    • King Kong by Starship (sejak 2015)
    • Starship X (sejak 2013)
    • Shownote (sejak 2019)[15]
  • Flex M (sejak 2020)[16][17]
  • GRAYGO[d] (sejak2017)
    • Maison de Baja [e] (sejak 2019)[18]
  • Mega Monster[f] (sejak 2017)
  • BH Entertainment (sejak 2018)
  • J-Wide Company (sejak 2018)
  • Management SOOP (sejak 2018)
  • Ready Entertainment (sejak 2018)
  • Awesome ENT (sejak 2019)
  • VAST Entertainment & Media (sejak 2019)
  • Moonlight Film (sejak 2019)[19][20]
  • Sanai Pictures (sejak 2019)[19][20]
  • MTN Entertainment (sejak 2020)

LokasiSunting

NotaSunting

  1. ^ Lee Jun-ho juga merupakan CEO anak syarikat Mega Monster.
  2. ^ Dahulunya LOEN Tree, Fave Entertainment dan Plan A Entertainment
  3. ^ Dahulunya House of Music
  4. ^ Dahulunya Krispy Studio
  5. ^ Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh stylist selebriti Han Hye-yeon [ko]
  6. ^ Dahulunya Story Plant; bergabung dengan CJ E&M
  7. ^ Pejabat utama, sama dengan GRAYGO dan EDAM Entertainment
  8. ^ Semua anak syarikat di bawah Music Content Company tidak termasuk EDAM Entertainment dan Flex M
  9. ^ Flex M
  10. ^ Mega Monster

RujukanSunting

  1. ^ "로엔엔터테인먼트 신임 대표에 이제욱". Yonhap. February 23, 2018.
  2. ^ a b c d e "Loen Entertainment on the Forbes Asia 200 Best Under A Billion List". Forbes Asia. Forbes Inc. July 2014. Dicapai pada May 14, 2015.
  3. ^ Private Equity Korea: SK Planet to divest stake in LOEN Entertainment to Affinity
  4. ^ a b Kim Min-soo (January 13, 2016). "카카오, '멜론' 로엔엔터테인먼트 1.8조에 인수…종합 모바일 콘텐츠 플랫폼 서비스 나선다 (Kakao acquires "MelOn" company Loen Entertainment for 1.8 billion dollars... sets out an entertainment platform for comprehensive mobile content services)". The Chosun Ilbo. Dicapai pada January 13, 2016.
  5. ^ Lee Se-young (January 12, 2016). "Kakao to buy South Korea's top music streaming operator for $1.6 billion". Reuters. Thomson Reuters Corp. Dicapai pada January 13, 2016.
  6. ^ Kim, Jin-woo (Disember 11, 2015). "2015년 음악시장 결산 (2015 Music Market Closing Review)". Carta Muzik Gaon. Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada Mac 18, 2016.
  7. ^ "SKT, 국내최대 서울음반 인수 (Seoul Records, SKT's largest acquisition)". Kyunghyang Shinmun. 2005-05-27. Dicapai pada 2010-08-25.
  8. ^ "로엔, 김소현 독립레이블 설립…배우 매니지먼트 강화(공식)".
  9. ^ "Kakao M Confirms Partnerships With Acting And Advertisement Agencies". June 27, 2018.
  10. ^ "最遲2月完成程序宋仲基事務所將被收購". Dicapai pada January 13, 2019.
  11. ^ "Fave Entertainment & Plan A Entertainment announce official merger". February 13, 2019.
  12. ^ https://n.news.naver.com/entertain/article/079/0003308660
  13. ^ Song, Sun-ok (May 18, 2018). "카카오톡과 멜론의 만남… 카카오·카카오M 주가는 '시들'". Money Today. Dicapai pada May 20, 2018.
  14. ^ alim17 (December 18, 2013). "Loen Entertainment takes over majority stake in Starship Entertainment for 15 billion won". allkpop. Dicapai pada December 19, 2013.
  15. ^ http://m.koreaherald.com/view.php?ud=20191225000113
  16. ^ https://m.sedaily.com/NewsView/1YYSJ1NLZW
  17. ^ https://www.hankyung.com/entertainment/article/202002048304Y
  18. ^ https://www.btimesonline.com/articles/119483/20190930/celebrities-such-hyun-bin-lee-min-ho-han-hye-yeon.htm
  19. ^ a b https://m-en.yna.co.kr/view/AEN20190923006900315
  20. ^ a b https://www.screendaily.com/news/south-koreas-kakao-corp-moves-into-local-film-industry/5143138.article

Pautan luarSunting