Kampung Lamunin
kampung di Daerah Tutong, Brunei
Kampung Lamunin ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Lamunin. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 1,596 orang pada tahun 2016.[1] Ketua kampung semasa ialah Said bin Tinggal.[2]
Kampung Lamunin | |
---|---|
Koordinat: 4°41′11″N 114°43′09″E / 4.6863°N 114.7193°EKoordinat: 4°41′11″N 114°43′09″E / 4.6863°N 114.7193°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Tutong |
Mukim | Lamunin |
Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 1,596 |
Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
Poskod | TG2343 |
Kemudahan
suntingKampung Lamunin mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Lamunin. Terdapat juga sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Ugama Lamunin yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei.[3]
Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Kampung Lamunin ialah balai bomba, balai polis dan pejabat pos.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
- ^ "MUKIM LAMUNIN". tutong.gov.bn. Dicapai pada 25 Mei 2018.
- ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 25 Mei 2018.