Daerah di Brunei
Daerah ialah bahagian pentadbiran utama di Brunei. Terdapat empat daerah, iaitu Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim, dan seterusnya setiap mukim dibahagikan kepada beberapa kampung.
Daerah-daerah di Brunei | |
---|---|
Kategori | Raja mutlak |
Lokasi | Brunei |
Bilangan | 4 |
Jumlah penduduk | 10,251 (Temburong) – 289,630 (Brunei-Muara) |
Keluasan | 571 km2 (220 bt2) (Brunei-Muara) – 2,727 km2 (1,053 bt2) (Belait) |
Kerajaan/pemerintah | |
Subbahagian |
|
Daerah Belait ialah daerah yang terbesar dengan keluasan 2,727 kilometer persegi (1,053 batu persegi) sementara Daerah Brunei-Muara mempunyai keluasan yang paling kecil iaitu 571 kilometer persegi (220 batu persegi). Walau bagaimanapun, Daerah Brunei-Muara mempunyai penduduk yang paling ramai dengan jumlah 289,630 orang (banci 2016), sementara Daerah Temburong mencatatkan jumlah penduduk yang paling kecil iaitu 10,251.[1]
Setiap daerah ditadbir oleh sebuah Jabatan Daerah, yang merupakan salah sebuah jabatan dalam kerajaan Brunei iaitu di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Ketua pentadbiran ialah Pegawai Daerah.
Ibu negara Bandar Seri Begawan terletak dalam Daerah Brunei-Muara.
SubbahagianSunting
Sesebuah mukim dan kampung-kampung di bawahnya adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Daerah di mana daerah yang ditadbir mengandungi mukim dan kampung tersebut. Contohnya, Mukim Bokok dan kampung-kampung di bawahnya adalah dalam Daerah Temburong dan oleh itu ditadbir oleh Jabatan Daerah Temburong.
Mukim dan kampung dianggap sebagai institusi akar umbi utama dalam masyarakat Brunei.[2][3] Sesebuah mukim atau kampung biasanya mempunyai Majlis Perundingan Mukim atau Kampung.
MukimSunting
Mukim merupakan bahagian pentadbiran peringkat pertengahan dalam hierarki subbahagian di Brunei. Terdapat 39 mukim di Brunei, iaitu 18 di Brunei-Muara, 8 di Belait, 8 di Tutong, dan 5 di Temburong.[4] Setiap mukim diketuai oleh seorang penghulu.
Daerah | Mukim | Penduduk (2016)[5] |
---|---|---|
Brunei dan Muara | Berakas 'A' | 27,223 |
Berakas 'B' | 40,710 | |
Burong Pingai Ayer | 1,770 | |
Gadong 'A' | 34,049 | |
Gadong 'B' | 33,637 | |
Kianggeh | 8,228 | |
Kilanas | 22,492 | |
Kota Batu | 12,935 | |
Lumapas | 7,756 | |
Mentiri | 30,192 | |
Pangkalan Batu | 14,492 | |
Peramu | 1,111 | |
Saba | 1,000 | |
Sengkurong | 31,493 | |
Serasa | 16,173 | |
Sungai Kebun | 4,750 | |
Sungai Kedayan | 230 | |
Tamoi | 1,389 | |
Belait | Bukit Sawat | 794 |
Kuala Balai | 31 | |
Kuala Belait | 31,308 | |
Labi | 1,216 | |
Liang | 14,301 | |
Melilas | 29 | |
Seria | 21,214 | |
Sukang | 169 | |
Tutong | Keriam | 9,707 |
Kiudang | 5,924 | |
Lamunin | 4,298 | |
Pekan Tutong | 10,551 | |
Rambai | 1,404 | |
Tanjong Maya | 4,062 | |
Telisai | 10,095 | |
Ukong | 2,272 | |
Temburong | Amo | 2,144 |
Bangar | 2,449 | |
Batu Apoi | 1,635 | |
Bokok | 3,433 | |
Labu | 590 |
Mukim-mukim Burong Pingai Ayer, Peramu, Saba, Sungai Kebun, Sungai Kedayan dan Tamoi merupakan mukim-mukim di Kampong Ayer.
KampungSunting
- Lihat juga: Senarai kampung di Brunei
Kampung ialah bahagian pentadbiran peringkat terbawah dalam hierarki subbahagian di Brunei. Pentadbiran kampung dikendalikan oleh seorang ketua kampung. Walau bagaimanapun, pentakrifan persempadanan kampung atau kuasa pentadbiran ketua kampung mungkin terdapat perbezaan. Contohnya, Kampung Penabai dan Kampung Kuala Tutong merupakan dua buah kampung tetapi ditadbir oleh seorang ketua kampung.
Kampung di Brunei tidak terhad kepada petempatan di bahagian pedalaman sahaja tetapi juga merangkumi kawasan-kawasan kejiranan di bandar dan pekan, serta beberapa kawasan perumahan awam. Terdapat kampung yang pada asalnya merupakan sebuah petempatan tetapi telah dibahagikan menjadi dua atau lebih kampung, contohnya Kampung Lambak 'A' dan 'B'. Terdapat juga kawasan perumahan awam yang telah diwartakan menjadi kampung, contohnya Kampung Lorong Tiga Selatan, atau pemecahan kawasan tersebut menjadi beberapa kampung, seperti Kawasan 1-5 bagi Perumahan Negara Lambak Kanan. Beberapa kampung juga mungkin sebahagian daripada kawasan-kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan atau pekan-pekan yang mempunyai majlis perbandaran.
Sesebuah kampung biasanya mempunyai infrastruktur sosial asas seperti masjid, sekolah rendah dan balai raya atau dewan kemasyarakatan. Memandangkan majoriti penduduk Brunei beragama Islam, sebuah kampung juga biasanya mempunyai masjid serta sekolah ugama yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam, yang mana ianya wajib kepada kanak-kanak beragama Islam di Brunei.[6] Selain itu, kampung-kampung biasanya mempunyai kedai runcit dan jenis kedai yang lain seperti kedai makan, tukang jahit, dan kedai gunting atau salun.
Kampung juga mungkin sepadan dengan kawasan sesuatu poskod.
RujukanSunting
- ^ "Department of Economic Planning and Development - Population". www.depd.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 November 2018.
- ^ Wan Ahmadi, Wan Mohamad Sahran (2 April 2018). "Tingkatkan kapasiti kepimpinan akar umbi". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 5 April 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ S., Siti Nur Wasimah (22 November 2017). "Pemimpin akar umbi merafakkan kesyukuran". mediapermata.com.bn. Dicapai pada 5 April 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam Edisi Kedua" (PDF). post.gov.bn. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 6 November 2018.
- ^ "Jadual B2 : Jumlah Penduduk, Isirumah dan Tempat Kediaman yang didiami Mengikut Mukim". Dicapai pada 3 June 2021.
- ^ Yahya, Salawati. "Perkasa pendidikan Islam". Media Permata Online. Dicapai pada 6 November 2018.