Kampung Orang Asli Sungai Bumbun

Kampung Orang Asli Sungai Bumbun adalah merupakan sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli Mahmeri. Kampung ini terletak di Pulau Carey di daerah Kuala Langat, Selangor.[1] Pekan terdekat untuk kampung ini adalah pekan Teluk Panglima Garang dan bandar Banting serta Klang.

Kampung Orang Asli Sungai Bumbun
Petempatan Orang Asli
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 2°51′04″N 101°24′00″E / 2.851°N 101.400°E / 2.851; 101.400
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Langat

Anggaran bilangan penduduk adalah 500 orang pelbagai usia. Pekerjaan utama masyarakat disini adalah pekebun kecil kelapa sawit, usahawan kraftangan dan kebudayaan, peniaga dan pekerjaan sektor awam dan swasta serta nelayan.[2]

Kampung Sungai Bumbun terkenal dengan kebudayaan dan kesenian yang dimiliki seperti tarian Jooh, tarian topeng dan kraftangan ukiran kayu dan anyaman. Seni dan kebudayaan ini diwarisi turun temurun dan menjadi salah satu produk pelancongan.

Kemudahan asas yang terdapat di kampung ini adalah seperti sekolah, bekalan elektrik, air, jalan berturap, balairaya, balai rawatan, kiosk usahawan kraf, pusat kebudayaan dan kraftangan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Rumah 17 keluarga Orang Asli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-13. Dicapai pada 2016-01-26.
  2. ^ Sungai Bumbun

Pautan luar sunting