Kampung Subok, Temburong

kampung di Daerah Temburong, Brunei

Kampung Subok ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Ia terletak kira-kira 1.6 kilometer (0.99 batu) dari Pekan Bangar.[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Subok ialah PA4951.[1]

Kampung Subok
Kampung Subok, Temburong is located in Bumi
Kampung Subok, Temburong
Kampung Subok, Temburong (Bumi)
Koordinat: 4°41′34″N 115°04′21″E / 4.6928°N 115.0726°E / 4.6928; 115.0726Koordinat: 4°41′34″N 115°04′21″E / 4.6928°N 115.0726°E / 4.6928; 115.0726
NegaraBrunei
DaerahTemburong
MukimBangar
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
PA4951

Ia didiami oleh seramai 5 buah keluarga dan terdapat 3 buah rumah, iaitu 2 buah terletak di seberang sungai Temburong kepunyaan dua keluarga puak Iban. Di atas bukit kawasan Kampung Subok ada terdapat satu kawasan yang dinamakan Batu Ajung.

Asal nama sunting

Kampung tersebut dinamakan Kampung Subok kerana diseberang sungai ada terdapat sebatang anak sungai yang dinamakan sungai Subok oleh orang-orang tua pada masa dahulu. Keunikan anak sungai Subok ialah airnya tidak pernah kering (dikenali sebagai air batu) meskipun pada musim kemarau yang berterusan dan air sungai Temburong menjadi bahal / masin. Dalam awal tahun 60an dan 70an, penduduk-penduduk kawasan Pekan Bangar dan penduduk Kampung Menengah akan mengambil air tawar di Sungai Subok itu. Mengikut cerita orang-orang tua, di kawasan ulu sungai tersebut, seorang penduduk tempatan pernah menjumpai satu kawasan berupa sebuah taman yang indah seluas padan bola sepak ketika dia sedang berburu. Maka ianya menjadi satu legenda hingga kini akan kewujudan dan kebenaran cerita tersebut. Kedudukan Sungai Subok adalah diseberang sungai, berdekatan dengan rumah puak kepunyaan Awang Ambon anak Parang. [2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 47. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  2. ^ Majlis Perundingan Kampung Belingos. - Sejarah Kampung.