Kannabhorn Bejaratana

Puteri Thailand

Kannabhorn Bejaratana (Bahasa Thai: กรรณาภรณ์เพ็ชรรัตน์; RTGSKannaphonphetcharat; 12 Ogos 1878 - 31 Mei 1880), ialah seorang puteri Siam (kemudian Thailand). Beliau ialah seorang ahli keluarga diraja Siam dan anak perempuan Raja Chulalongkorn. Beliau telah diberikan nama penuh oleh ayahandanya sebagai Kannabhorn Bejaratana Sohbhandasaniyalak Akaravorarajakumari (Bahasa Thai: กรรณาภรณ์เพ็ชรรัตน์ โสภางคทัศนิยลักษณ์ อรรควรราชกุมารี; RTGSKannaphonphetcharat Sophangthatsaniyalak Akkhaworaratchakumari)

Kannabhorn Bejaratana
Puteri Siam
Puteri Kannabhorn Bejaratana dengan ibundanya, Ratu Sunanda Kumariratana
Keputeraan(1878-08-12)12 Ogos 1878
Grand Palace, Bangkok, Siam
Kemangkatan31 Mei 1880(1880-05-31) (umur 1)
Pak Kret, Nonthaburi, Siam
Nama penuh
Kannabhorn Bejaratana Sohbhandasaniyalak Akaravorarajakumari
KerabatDinasti Chakri
AyahandaChulalongkorn (Rama V)
BondaSunanda Kumariratana

Ibundanya ialah Ratu Sunanda Kumariratana, permaisuri, adik tiri dan sepupu kepada Raja Chulalongkorn. Beliau meninggal dunia dengan ibunda dan adinda kandunganny yang lain, mati lemas apabila bot diraja terbalik ketika dalam perjalanan ke istana diraja Bang Pa-In. Walaupun kehadiran ramai penonton yang menyaksikan, mereka dilarang menyentuh ratu, walaupun untuk menyelamatkan hidupnya kerana orang kebanyakan akan dihukum mati jika menyentuh kerabat diraja. Kesedihan melanda Raja Chulalongkorn yang kemudiannya mendirikan tugu peringatan kepada beliau dan anakanda dalam kandungan beliau di istana Bang Pa-In.

Pembakaran mayat diraja telah dibakar bersama-sama dengan ibunya di Sanam Luang, yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn.

Keturunan sunting