Kapal pengangkut pesawat Giuseppe Garibaldi

Giuseppe Garibaldi (551) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat Itali dan merupakan kapal armada bagi Marina Militare Italiana. Ia telah dinamakan bersempena nama seorang jeneral Itali iaitu Jeneral Giuseppe Garibaldi.

Sejarah
Panji Marina MilitareItali
Nama: Giuseppe Garibaldi
Pembina: Fincantieri
Dibaringkan: Mac 1981
Dilancarkan: 11 Jun 1983
Ditauliah: 30 September 1985
Pelabuhan asal: Taranto
Moto: "Obbedisco"
Status: Aktif
Lencana: Fail:CREST garibaldi.jpg
Ciri-ciri umum
Sesaran:
  • 10,000 tan (standard)
  • 13,850 tan (dengan muatan)
Panjang: 180.2 m
Lunas: 30.4 m
Draught: 8.2 m
Jana kuasa:
Halaju: 30+ knot
Jarak: 7,000 batu nautika (13,000 km) at 20 knot (37 km/j)
Anak kapal:
  • 630 anak kapal
  • 100 Cabang Udara Armada
  • 100 C4 staf
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar jarak jauh MM/SPS-768 (RAN 3L)
  • Radar amaran awal SPS-774 (RAN-10S)
  • Radar amaran awal AN/SPS-52C
  • Radar pencari permukaan SPS-702 CORA
  • Radar navigasi SPN-749
  • Radar mendekati SPN-728
  • Radar kawalan tembakan RTN-30
  • Radar kawalan tembakan RTN-10X
  • Sonar badan kapal DE 1160 LF
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Sistem penyerak SLQ-732
  • Pelancar pengumpan SCLAR
  • Sistem anti torpedo SLAT
  • pengumpan torpedo ditarik SLQ-25 Nixie
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Nota: Pennant 551

Giuseppe Garibaldi telah dibina oleh syarikat Fincantieri (Italcantieri) di limbungan kapal Monfalcone di Teluk Trieste. Ia dibaringkan pada Mac 1981, dilancarkan pada tahun 1983 dan kemudian ditauliahkan pada 30 September, 1985. Garibaldi dikelaskan sebagai sebuah kapal pengangkut pesawat anti kapal selam (CVS–ASW) dan berpangkalan di Taranto.

Kapal-kapal lain yang memiliki nama sama sunting

 
Tatarajah dek Giuseppe Garibaldi
 
Sebuah SH-3 Sea King di atas dek

Giuseppe Garibaldi (551) yang merupakan kapal keempat di dalam Tentera Laut Itali dinamakan sempena nama seorang jeneral Itali pada kurun ke-19 iaitu Jeneral Giuseppe Garibaldi. Kapal-kapal terdahulu dengan nama yang sama adalah:

Kesemua lima kapal ini termasuk kapal penjajap peluru berpandu, bersama-sama dengan imej Garibaldi, digambarkan di dalam jata.

Giuseppe Garibaldi telag dibina oleh Fincantieri (Italcantieri) di limbungan kapal Monfalcone yang terletak di Teluk Trieste. Lunasnya dibaringkan pada 26 Mac 1981,[1] dilancarkan pada 11 Jun 1983, dan ditauliahkan pada 30 September 1985. Garibaldi dikelaskan sebagai sebuah kapal perang anti kapal selam (ASW), dan berpangkalan di Taranto.

Operasi tempur sunting

 

Pada tahun 1999, apabila Perang Kosovo meletus di Balkan, Itali telah menghantar pesawat pejuang Harrier AV-8B II+ yang beroperasi di atas kapal Giuseppe Garibaldi, bermula pada 13 Mei sehingga awal bulan Jun 1999. Pesawat ini melakukan 30 penerbangan dengan jumlah jam penerbangan sebanyak 63 jam. Pesawat-pesawat ini menggunakan bom-bom Mk 82 GBU-16 dan peluru berpandu AGM-65 Maverick. Selain kapal pengangkut pesawat Giuseppe Garibaldi, kumpulan sayap udaranya, Tentera Laut Itali juga menghantar kelas-Maestrale Zeffiro.

Selepas serangan 11 September 2001 dan perang menentang keganasan yang diistiharkan oleh Presiden A.S. Bush, Itali menyertai Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Giuseppe Garibaldi juga terlibat sebagai kapal arahan GRUPNAVIT I, Kumpulan Perkapalan Itali 1 yang mana termasuk Zeffiro, pasukan peronda dan pembekal pasukan udara di Etna. Kumpulan ini berlayar daripada Taranto pada 18 November 2001. Mereka dilatih di Lautan Hindi bermula pada 3 Disember 2001 sehingga 1 Mac 2002 dan kembali ke Taranto pada 18 Mac 2002. Semasa misi ini, unit pesawat AV-8B Harrier melaksanakan 288 buah misi dengan jumlah jam penerbangan sebanyak 860 jam. Antara tugas-tugas yang dilaksanakan termasuk pemintasan/penyusupan, sokongan darat dan udara, dan pemintasan pesawat di Afghanistan.

 
Sebuah pesawat TAV-8B Harrier II milik Marina Militare di atas dek Giuseppe Garibaldi.

Giuseppe Garibaldi terlibat dalam campur tangan ketenteraan di Libya 2011 selepas perubahan pemindahan kekuasaan kepada NATO dan keputusan untuk menyertai operasi serangan udara ke darat, kerajaan Itali menugaskan pasukan di bawah kawalan NATO empat buah pesawat AV-8B milik Tentera Laut Itali (berpangkalan di atas Garibaldi) selain pesawat Tentera Udara Itali.[2] Setakat 24 Mac, Tentera Laut Itali telah terlibat dalam Operasi Unified Protector dengan menggunakan kapal pengangkut ringan Garibaldi, frigat kelas-Maestrale dan kapal bantuan .[3] Selain itu, dan frigat kelas-Maestrale Euro juga meronda pesisiran pantai Sicily dalam peranan pertahanan udara.[4][5] Secara keseluruhannya, sehingga penamat misi di Libya, lapan buah pesawat AV-8B milik Tentera Laut Itali terbang daripada kapal pengangkut pesawat Giuseppe Garibaldi, menggugurkan 160 bom panduan dengan sejumlah 1221 jam penerbangan.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated66 tidak disediakan
  2. ^ "contributo nazionale operazione "Odissey Dawn"". Italian Ministry of Defense. 11 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada July 20, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Operazione "Unified Protector": navi italiane partecipano all'embargo". Italian Ministry of Defense. 25 March 2011.[pautan mati]
  4. ^ "La Marina Militare in campo per la crisi libica e i flussi migratori" (dalam bahasa Italian). Ministry of Defence of the Italian Republic. 21 March 2011. Dicapai pada 1 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Libia: nave Andrea Doria nel canale di Sicilia con compiti di difesa aerea da attacchi missilistici" (dalam bahasa Italian). GrNet.it. 19 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2014. Dicapai pada 1 January 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Kington, Tom (14 December 2011). "Italy Gives Bombing Stats for Libya Campaign". Defense News. Dicapai pada 1 January 2015.

Pautan luar sunting