AIM-7 Sparrow
AIM-7 Sparrow adalah sebuah peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana, panduan radar separa aktif yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, selain pelbagai tentera udara dan laut negara sekutu. Sparrow dan terbitannya menjadi sebuah peluru berpandu udara ke udara melangkaui ufuk Barat yang utama pada akhir 1950-an sehingga tahun 1990-an. Ia masih digunakan dalam perkhidmatan walaupun mula dikeluarkan secara berperingkat dalam penerbangan tentera udara bagi memberi lalu kepada peluru berpandu AIM-120 AMRAAM yang lebih canggih. Pasukan bersenjata Jepun masih lagi menggunakan Sparrow, meskipun penggunaannya mula digantikan dengan peluru berpandu Mitsubishi AAM-4.
AIM-7 Sparrow | |
---|---|
Jenis | Peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana, panduan radar separa-aktif |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Amerika Syarikat, Kanada, Korea Selatan, Turki, Jepun, Iran,Israel, Itali, United Kingdom, Arab Saudi, Pakistan, Poland ,Thailand |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Raytheon |
Kos unit | $125,000 |
Dihasilkan | AIM-7D: 1959 AIM-7F: 1976 AIM-7M: 1982 |
Aneka | Sparrow I: AIM-7A Sparrow II: AIM-7B Sparrow III: AIM-7C, AIM-7D, AIM-7E, AIM-7E2/Skyflash/Aspide, AIM-7F, AIM-7M, AIM-7P, RIM-7M |
Spesifikasi | |
Berat | 510 lb (230 kg) |
Panjang | 12 ka (3.7 m) |
Diameter | 8 in (200 mm) |
Warhead | Letupan kuat AIM-7F/M: 88 paun (40 kg) |
Enjin | Motor roket bahan api pepejal Hercules MK-58 |
Lebar sayap | 2 ka 8 in (0.81 m) (AIM-120A/B) |
Jarak operasi | AIM-7C/D: 32 kilometer (20 bt) AIM-7E/E2: 45 kilometer (28 bt) AIM-7F/M: 50 kilometer (31 bt) |
Kelajuan | AIM-7A/B: Mach 2.5 AIM-7C/E/F: Mach 4[1] |
Sistem pemanduan | Radar separa aktif |
Platform pelancaran | Pesawat: |
Sparrow digunakan sebagai asas dalam membangunkan peluru berpandu permukaan ke udara, RIM-7 Sea Sparrow yang mana digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk pertahanan udara pada kapal-kapalnya.
Rujukan
sunting- Nota
- ^ Directory of U.S. Military Rockets and Missiles: Raytheon AIM-7/RIM-7 Sparrow. Designation Systems.
- Bibliografi
- Michel, Marshall L. (2004). Clashes: Air Combat Over North Vietnam 1965-1972, Naval Institute Press, ISBN 1557505853
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: AIM-7 Sparrow. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: AIM-7 Sparrow. |