AIM-120 AMRAAM adalah satu peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana termaju dan mempunyai keupayaan Jarak Melangkaui Penglihatan (BVR) dan boleh digunakan pada sebarang keadaan cuaca. Ia juga dikenali sebagai Slammer dalam Tentera Udara A.S. Apabila peluru berpandu AMRAAM dilancarkan, juruterbang NATO akan menggunakan "kod kecekapan" Fox Three dalam komunikasi radio, sama seperti mana peluru berpandu panduan aktif yang lain. Peluru berpandu AIM-120 AMRAAM digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu A.S.

AIM-120 AMRAAM
Peluru berpandu AIM-120 AMRAAM sedang dipasang pada pesawat F-16CJ.
JenisPeluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanSeptember 1991
Sejarah pengeluaran
PengeluarHughes/Raytheon
Kos unitAS$ 386,000 (2003)
AS$ 299,000 (April 1998)
Spesifikasi
Berat335 lb (152 kg)
Panjang12 kaki (3.66 m)
Diameter7 in (178 mm)
Warheadletupan kuat peleburan-serpihan
AIM-120A/B: 50 pounds (23 kg) WDU-33/B peleburan-serpihan
AIM-120C-5: 40 pounds (18 kg) WDU-41/B peleburan-serpihan

EnjinRoket motor keupayaan tinggi
Lebar sayap20.7 in (526 mm) (AIM-120A/B)
Jarak
operasi
AIM-120A/B: 75 km (45 mi)
AIM-120C-5: 105 km (65 mi)
KelajuanMach 4
Sistem
pemanduan
INS, radar aktif
Platform
pelancaran
Pesawat:

Latar belakang sunting

Program reka bentuk konsep bagi program AMRAAM telah disiapkan pada bulan Februari 1979, apabila Tentera Udara A.S telah memilih 2 dari 5 kontraktor pertahanan yang bertanding iaitu firma Hughes Aircraft Co. dan Raytheon Co., untuk menyambung program ini ke fasa pengesahan.

Semasa fasa pengesahan selama 33 bulan, kontraktor menyambung pembangunan peluru berpandu dengan membina pekakasan sebenar untuk menunjukkan konsep keupayaan teknologi sebenar peluru berpandu ini. Program ini telah ditamatkan pada bulan Disember 1981, setelah kedua-dua kontraktor melakukan ujian penerbangan yang mana memenuhi kehendak tentera udara dan laut. Tentera udara dan laut telah memilih Missile System Group dari firma Hughes Aircraft Co., Canoga Park, California, sebagai pemaju berskala penuh manakala firma Raytheon pula dipilih sebagai pengeluar. Kontrak pengeluaran telah dianugerahkan kepada kedua-dua kontraktor pada tahun 1987.

Ciri-ciri sunting

Peluru berpandu AMRAAM telah meningkatan keupayaan tempur tentera Amerika Syarikat dan tentera udara dari negara-negara sekutu Amerika Syarikat dalam menentang ancaman masa kini dan hadapan senjata udara-ke-udara tentera musuh.

Peluru berpandu AMRAAM adalah lebih laju, ringan dan kecil, membuatkan ia sangat berguna semasa digunakan dalam serangan sasaran pada aras rendah. Ia mengabungkan radar aktif dengan unit rujukan inersia dan sistem mikro komputer, menjadikan peluru berpandu ini kurang bergantung pada sistem kawalan tembakan pesawat. Setelah peluru berpandu menghampiri sasaran, radar aktifnya akan mengalih alih tugas untuk mengawalnya ke sasaran. Ini membolehkan juruterbang untuk menyerang sasaran-sasaran lain.

Pengguna sunting

  - Tentera Udara Diraja Australia
  • F/A-18 Hornet (dipasang semasa program tingkat upaya pesawat Hornet)
  - Komponen Udara Belgium
  - Tentera Udara Diraja Bahrain
  - Arahan Udara Angkatan Tentera Kanada
  - Tentera Udara Chile
  - Tentera Udara Republik Czech[1]
  Tentera Udara Denmark
  - Tentera Udara Finland
  - Tentera Udara Jerman
  - Tentera Udara Greece
  - Tentera Udara Hungary
  - Tentera Udara Israel
  Itali
  - Tentera Udara Diraja Jordan
  - Tentera Udara Republik Korea
  - Tentera Udara Diraja Malaysia (120-C5)
  - Tentera Udara Diraja Belanda
  - Tentera Udara Diraja Norway
  - Tentera Udara Diraja Oman
  - Tentera Udara Pakistan
  - Tentera Udara Poland
  - Tentera Udara Portugal
  - Tentera Udara Republik Taiwan
  - Tentera Udara Republik Singapura
  - Tentera Udara Switzerland
 
  Sepanyol
  - Tentera Udara Swedeen
  - Tentera Udara Diraja Thailand
  - Tentera Udara Turki
  - Tentera Udara Diraja British
  Amerika Syarikat

Pada awal tahun 2006, Tentera Udara Pakistan memesan 500 peluru berpandu AIM-120C-5 AMRAAM bernilai AS$ 650 juta sebagai sebahagian dari perjanjian perolehan pesawat F-16 untuk dilengkapkan pada pesawat F-16C/D Blok 52+ dan F-16A/B MLU.

Pada 2005 Tentera Udara Chile telah menerima peluru berpandu AIM-120 AMRAAM daripada Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Rancangan Keamanan Puma yang mana Tentera Udara Chile juga menerima 10 buah pesawat F-16D. Pada tahun 2006, Tentera Udara Poland telah menerima pesawat baru F-16 Blok52+ bersama-sama peluru berpandu AIM-120C-5.

Pada tahun 2007, kerajaan A.S telah bersetuju untuk menjual 218 peluru berpandu AIM-120C-7 kepada Taiwan sebagai sebahagian dari pakej penjualan senjata besar-besaran. Pakej ini juga termasuk 235 peluru berpandu AGM-65G-2 Maverick. Jumlah pakej ini termasuk pelancar, penyelenggaraan, alat ganti, sokongan dan latihan dianggarkan bernilai AS$ 421 juta. Ia akan menyokong pembelian 120 peluru berpandu AIM-120C-5 dari Taiwan beberapa tahun sebelumnya.

Lihat juga sunting

Peluru berpandu setanding sunting

Dalam perkhidmatan sunting

Sedang dibangunkan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Tentera Udara Republik Czech membeli 24 AMRAAM.
  2. ^ "Kontrak pertahanan udara dengan Belanda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-07. Dicapai pada 2008-06-24.
  3. ^ "Kongsberg Gruppen memenangi kontrak frigat yang memecah rekod bernilai NOK 1.8 bilion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-07. Dicapai pada 2008-06-24.

Pautan luar sunting