Katak (Jawi: كاتق) ialah sejenis haiwan amfibia berbadan gemuk dan tanpa ekor dalam order Anura.[1] Kira-kira 88% spesies amfibia dikelasklan dalam order ini[2] termasuk lebih daripada 7,500 spesies[1] dalam 55 keluarga. Katak tersebar luas dan boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesies katak terdapat di hutan hujan tropika.

Katak
Seekor katak yang berenang
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Duméril, 1806 (sebagai Anoures)
Subdivisi

Archaeobatrachia
Mesobatrachia
Neobatrachia

Taburan asli katak (hijau)

Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesies katak tertentu kian merosot. Populasi katak telah menurun dengan ketara sejak tahun 1950-an. Lebih daripada satu pertiga daripada spesies dianggap sebagai terancam dengan kepupusan dan lebih seratus dua puluh dipercayai telah pupus sejak 1980-an.[3] Bilangan kecacatan di kalangan katak semakin meningkat dan ancaman yang baru muncul adalah penyakit kulat, chytridiomycosis, yang telah merebak di seluruh dunia. Biologi pemuliharaan sedang berusaha untuk memahami punca-punca masalah ini dan untuk menyelesaikannya.

Taksonomi

sunting

Nama order Anura—dan ejaan asalnya Anoures—dijejak daripada awalan bahasa Yunani Purba ἀν- an- daripada ἀ- a- sebelum vokal "tanpa"[4] dan kata οὐρά ourá "ekor"[5] bermaksud "tanpa ekor".[6][7][8]

Ciri-ciri

sunting

Berudu

sunting

Anak katak yang menetas dari telur dipanggil "berudu". Berudu hidup dalam air; ia mempunyai ekor untuk berenang dan insang dalaman untuk bernafas.[9]

Dewasa

sunting
 
Katak spesies Litoria splendida.

Katak dewasa mempunyai badan yang pendek dan gempal, kaki belakang yang dilipat dan panjang, jari berselaput, mata terjojol dan tiada ekor. Katak boleh ditemukan hinggap berdekatan air, tetapi spesies katak yang hidup dalam air sepenuhnya sedikit.[10] Selain daripada tinggal di air tawar dan di tempat kering, katak dewasa beberapa spesies disesuaikan untuk hidup di bawah tanah atau di pokok.

Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat.

Kulit katak separa telap dan mudah terdedah kepada kekeringan. Oleh itu, katak tinggal sama ada di tempat-tempat yang lembap atau mempunyai penyesuaian khas untuk menangani habitat kering. Kulit katak 'berbeza dari segi warna dari samaran yang baik perang berbalam, kelabu dan hijau sehingga pada corak yang jelas merah terang atau kuning dan hitam untuk memberi amaran kepada pemangsa. Kulit katak mempunyai kelenjar yang merembeskan bahan toksik yang tidak disukai pemangsa.

Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh didengari tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Anak atau berudu kata mempunyai bahagian mulut mengikis yang khusus bagi diet herbivor, maserba atau plankton.

Katak dewasa gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Ada beberapa spesies katak yang omnivor memakan buah-buahan. Katak amat cekap menukarkan apa yang dimakan menjadi jisim badan.

Katak merupakan sumber makanan yang penting bagi pemangsa dan sebahagian daripada jaringan makanan dinamik bagi kebanyakan ekosistem di dunia.

Pembiakan

sunting

Katak biasanya bertelur di dalam air lopak, kolam atau tasik. Beberapa spesies bertelur di atas tanah atau mengabaikan bentuk berudu.

Fosil tertua "katak-proto" muncul pada awal Triassic di Madagascar, tetapi pentarikhan jam molekul mencadangkan asal mereka menjurus kebelakang sehingga Permian, 265 juta tahun dahulu. Katak tersebar luas, dari wilayah tropika sehingga subartik, tetapi pemusatan terbesar kepelbagaian spesies terdapat di hutan hujan tropika. Terdapat sekitar 4,800 spesies direkod, menyumbang pada 85% keseluruhan spesies afimbia. Mereka juga merupakan satu dari lima aturan vertebrata yang paling pelbagai.

Kitaran hidup sempurna apabila mereka berubah bentuknya menjadi katak dewasa. Katak menghasilkan pelbagai bunyi, terutamanya semasa musim pembiakan mereka, dan mempamerkan pelbagai jenis tingkah laku kompleks untuk menarik pasangan, untuk menangkis pemangsa dan secara amnya untuk terus hidup.

Katak dinilai sebagai makanan oleh manusia dan juga mempunyai banyak peranan budaya dalam kesusasteraan, simbolisme dan agama.

Famili Anura

sunting

Anura merupakan orde dari alam amfibia dan terbahagi kepada beberapa famili seperti berikut:-

  1. Leiopelmatidae
  2. Discoglossidae
  3. Pipidae
  4. Rhinophrynidae
  5. Bufonidae
  6. Leptodactylidae
  7. Hylidae
  8. Ranidae
  9. Sooglossidae
  10. Rhacophoridae
  11. Microhylidae

Jenis katak

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Frost, Darrel R. (2021) [1998]. "Anura". Amphibian Species of the World. Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Amerika Syarikat. Dicapai pada 29 November 2022.
  2. ^ Pough, F. H.; Andrews, R. M.; Cadle, J. E.; Crump, M. L.; Savitsky, A. H.; Wells, K. D. (2003). Herpetology (ed. third). Benjamin Cummings. ISBN 978-0-13-100849-6.
  3. ^ Stuart, S. N.; Chanson, J. S.; Cox, N. A.; Young,, B. E.; Rodrigues, A. S. L.; Fischman, D. L.; Waller, R. W. (2004). "Status and trends of amphibian declines and extinctions worldwide" (PDF). Science. 306 (5702): 1783–1786. Bibcode:2004Sci...306.1783S. CiteSeerX 10.1.1.225.9620. doi:10.1126/science.1103538. PMID 15486254. S2CID 86238651. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Oktober 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2017.CS1 maint: extra punctuation (link)
  4. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ἀ". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "οὐρά". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Bailly, Anatole (1981). Abrégé du dictionnaire grec français. Paris: Hachette. ISBN 978-2010035289. OCLC 461974285.
  7. ^ Bailly, Anatole. "Greek-french dictionary online". www.tabularium.be. Dicapai pada December 9, 2018.
  8. ^ "anuran, n. and adj.". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  9. ^ Duellman, W. E.; Zug, G. R. (n.d.). "Anura: From tadpole to adult". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 29 November 2022.
  10. ^ Mattison, Chris (2011). Frogs and Toads of the Worlds. Princeton University Press. m/s. 107. ISBN 978-0-691-14968-4.

Pautan luar

sunting