Edam (bahasa Belanda Edammer) adalah keju yang berasal dari Belanda yang secara tradisional berbentuk bulat dan berwarna kuning terang dan dibungkus dengan parafin dan lilin berwarna merah.[1]. Keju ini dinamakan demikian kerana pertama kali dibuat di Edam, Holland Utara[1] Edam yang berusia sekurang-kurangnya 17 minggu dibungkus dengan lilin berwarna hitam, bukan merah atau kuning.[1]

Edam/Edammer
Edammer cheese
Negara asalBelanda
DaerahEdam-Volendam
BandarEdam
Sumber susuLembu / kambing
DipasteurkanYa
TeksturAgak keras
Kandungan lemak11g/100g
Tempoh penuaanDi atas 10 bulan
PensijilanTidak

Keju Edam mempunyai rasa yang sangat lembut, sedikit masin atau terasa seperti kacang, keju ini juga tidak berbau bila dibandingkan keju lain.[1] Keju ini juga mempunyai kandungan lemak jauh lebih rendah berbanding keju tradisional lain sebanyak 28 peratus dengan kandungan protein sebanyak 25 peratus.[1] Keju Edam yang moden jauh lebih lembut berbanding keju yang lain, seperti keju Cheddar, kerana kandungan lemaknya yang lebih rendah.[1]

Asal usul sunting

Keju Edam dinamakan daripada sebuah bandar pelabuhan kecil di Ijsselmeer, sebelah utara Amsterdam.[2][3] Sebelumnya keju ini hanya dihasilkan di bahagian utara wilayah Holland.[3] Namun ketika ini keju Edam telah dihasilkan bukan hanya di negeri Belanda, tetapi juga di Jerman dan negara-negara Eropah tengah dan Eropah utara lain.[3] Keju Edam daripada Jerman dibuat mengikut keju Edam Belanda.[3]

Sejarah sunting

Sejarah keju Edam tidak boleh dipisahkan dengan sejarah bandar Edam, tempat di mana keju tersebut pertama kali dihasilkan.[4] Pada abad ke-12, banyak petani yang tinggal di bandar tersebut dan mereka pun mula menghasilkan keju.[4] Kemudian keju-keju ini pun mula dihantar ke pelbagai negara dengan menggunakan kapal.[4] Pada masa itu, bandar Edam mempunyai 33 limbungan kapal.[4] Hal ini kemungkinan merupakan salah satu faktor yang membuat keju boleh dikenali di pelbagai negara.[4]

Kota Edam mendapatkan hak untuk mengendalikan pasaran bebas pada tahun 1520 oleh pemerintah Hapsburg, Charles V.[5] Lima puluh tahun kemudian, Putera William dari Orange memberikan hak atas "Rumah Penimbangan Keju".[5] Rumah penimbangan keju yang terdapat sehingga sekarang dibuat pada tahun 1778 dan pasaran keju sentiasa beroperasi hingga tahun 1922.[5] Kehadiran kilang-kilang yang menghasilkan keju merupakan tanda berakhirnya pasaran keju ladang.[5]

Bentuk dan tekstur sunting

Keju Edam memiliki bentuk bulat dengan diameter 5 inci dan berat kira-kira 3 paun.[3] Keju ini mempunyai warna kuning keemasan, mempunyai lubang-lubang kecil dan teksturnya padat.[3] Lapisan parafin menutupi keju ini untuk melindunginya agar tidak menjadi kering.[3] Lapisan parafin yang berwarna merah pertama kali digunakan pada abad ke-14.[2] Keju Edam dengan lapisan parafin merah merupakan keju yang dieksport ke luar Belanda.[6] Sedangkan keju Edam untuk penggunaan domestik mempunyai kulit semulajadi yang tipis dan berwarna kuning.[6] Hal ini disebabkan keju untuk eksport memerlukan perlindungan yang lebih kerana perjalanan yang jauh.[7] Selain itu, warna merah yang menyala memudahkan orang-orang untuk mengenali keju ini.[7] Lapisan parafin yang berwarna hitam menandakan bahawa keju tersebut telah melalui proses kematangan selama paling tidak 17 minggu.[2] Sedangkan lapisan parafin hijau menunjukkan bahawa keju tersebut ditambah rempah-rempah atau bawang putih.[8] Beberapa keju Edam dimatangkan hingga 10 bulan yang membuatnya terasa tajam dan seperti kacang.[2]

Pengeluaran sunting

 
Keju Edam berbentuk bulat dengan pemotong keju.

Keju Edam pada umumnya dibuat dengan menggunakan susu lembu yang dipasteur dan sebahagian krimnya telah dibuang (separa skim) atau yang seluruh bahagian krimnya dibuang (skim).[2][3] Penggunaan susu skim baru bermula pada abad ke-19.[7] Sebelumnya keju Edam diproduksi dengan menggunakan susu murni.[7] Setelah dadih kering dan keju telah dibentuk, keju diberikan garam dan ditekan.[3] Keju Edam kemudian dimatangkan selama sekurang-kurangnya satu bulan.[3] Kandungan lemak pada keju Edam berkisar antara 30 hingga 40%.[2]

Pasar keju Edam sunting

 
Pasar keju tradisional di kota Edam. Ini sebenarnya merupakan pertunjukkan untuk pelancong yang memperlihatkan perdagangan keju tradisional zaman dahulu.

Pasaran keju yang berada di bandar Edam mempamerkan aktiviti perdagangan keju tradisional.[5] Di sini pelancong-pelancong, merupakan sasaran utama pasaran ini, dapat melihat bagaimana keju dibawa ke pasaran dengan perahu atau kereta kuda.[5] Keju-keju tersebut pun diturunkan oleh pengangkut keju khusus yang merupakan anggota kesatuan pekerja.[5] Pasaran keju ini dibuka setiap hari Rabu pada bulan Julai atau Ogos.[9] Waktu buka pasaran ini adalah dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.[9] Pasar ini juga dibuka pada malam hari setiap Sabtu pertama di bulan Ogos.[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Official Edam Town website Tourist information. Retrieved 2007-04-11
  2. ^ a b c d e f (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4. Page 107.
  3. ^ a b c d e f g h i j (Inggeris) Dumont's Lexicon of Cheese. Rebo International b.v., Lisse, The Netherlands. 2004. ISBN 978-90-366-1689-8. Page 98-99.
  4. ^ a b c d e (Inggeris) Edam Cheese Recipe, Cheese Making Recipe. Diakses pada 24 April 2010.
  5. ^ a b c d e f g (Inggeris) Edam Diarkibkan 2011-07-24 di Wayback Machine, Kaasmarkt Edam. Diakses pada 24 April 2010.
  6. ^ a b (Inggeris) Edam, Gourmet Food. Diakses pada 24 April 2010.
  7. ^ a b c d (Inggeris) The History of Edam Cheese, Edam.com. Diakses pada 24 April 2010.
  8. ^ (Inggeris) Edam Cheese, BBC. Diakses pada 24 April 2010.
  9. ^ a b c (Inggeris) Edam, Holland.com. Diakses pada 26 April 2010.

Pautan luar sunting