Kerabat Habsburg (/ˈhæps.bɜːrɡ/; Sebutan bahasa Jerman: [ˈhaːps.bʊʁk]), juga dieja Hapsburg,[1] adalah salah satu kerabat diraja yang penting di Eropah. Takhta Empayar Suci Rom diisi oleh kerabat Habsburg di antara tahun 1438 sehingga 1740. Kerabat ini juga menghasilkan para maharaja dan raja kepada Bohemia, England (Jure uxoris King), Perancis {Queen consort}, Jerman, Hungary, Rusia, Croatia, Mexico, Ireland, Portugal, dan Habsburg Sepanyol, selain pemerintah bagi beberapa wilayah Belanda dan Itali.

Kerabat Habsburg
Jata kuno Count Habsburg.
NegaraAustria, Kerajaan beraja Germany, Empayar Suci Rom, Sicily, Naples, Sepanyol, Hungary-Croatia, Empayar Mexico, Bohemia, Portugal dan negeri-negeri bersejarah kecil lain
Gelaran
Diasaskankurun ke-11: Radbot, Count dari Habsburg
Pemerintah terakhirCabang Sepanyol: Charles (November 1, 1700)
Cabang Austria: Maria Theresa (November 29, 1780)
Pembubaran1700:(selepas kematian Charles II dari Sepanyol)
1780:(selepas kematian Maria Theresa dari Austria)
EtnikJerman, Austria, Sepanyol
Cabang kadet
  1. ^ titular claim rather than de facto

Kerabat ini mendapat namanya daripada istana kota Habsburg, sebuah kubu yang dibina pada tahun 1020-an yang kini terletak di Switzerland oleh Count Radbot dari Klettgau, yang mana mengambil keputusan untuk menamakan kubu beliau sebagai Habsburg. Cicit beliau, Otto II, adalah orang pertama yang meletakkan nama kubu ini pada nama gelaran beliau, dengan menambah "Count dari Habsburg". Kerabat Habsburg mendapat momentum sebagai sebuah dinasti pada kurun ke-11 sehingga kurun ke-13.

Menjelang tahun 1276, keturunan generasi ke-7 Count Radbot, Rudolph dari Habsburg, telah memindahkan pangkalan kuasa dinasti ini dari istana kota Habsburg Castle ke Duchy Austria. Rudolph kemudian menjadi Raja Jerman pada tahun 1273, dan dinasti Kerabat Habsburg diperkukuhkan pada tahun 1276 apabila Rudolph menjadi pemerintah Austria, yang mana di bawah pemerintahan Habsburgs sehingga tahun 1918.

Beberapa siri perkahwinan dinasti[2] membolehkan keluarga ini melebarkan penguasaannya termasuk Burgundy, Sepanyol dan empayar jajahannya, Bohemia, Hungary, dan wilayah-wilayah lain. Pada kurun ke-16; kerabat ini berpecah kepada Habsburg Sepanyol yang lebih tua dan cabang-cabang Monarki Habsburg, yang mana melangsaikan tuntutan mereka secara persetujuan bersama dalam perjanjian Oñate.

Kerabat Habsburg mula pupus pada kurun ke-18. Cabang kanan berakhir selepas kematian Charles II dari Sepanyol pada tahun 1700 dan digantikan dengan Kerabat Bourbon. Cabang lain (melalui waris lelaki) yang masih tinggal mula pupus pada tahun 1740 dengan kematian Charles VI dan berakhir sepenuhnya pada tahun 1780 dengan kematian anak perempuan bongsu beliau, Maria Theresa dari Austria. Beliau digantikan dengan cabang Vaudemont dari Kerabat Lorraine. Kerabat pengganti baru menggunakan gelaran rasmi Kerabat Habsburg-Lorraine (Jerman: Habsburg-Lothringen), walaubagaimanapun ia sering kali dirujuk sebagai Kerabat Habsburg.

  1. ^ Siegal, Allan M.; Connolly, William G. (1999). The New York Times Manual of Style and Usage. Random House Digital, Inc. m/s. 154. ISBN 978-0-8129-6389-2. Dicapai pada 27 April 2012.
  2. ^ Paula Sutter Fichtner, "Dynastic Marriage in Sixteenth-Century Habsburg Diplomacy and Statecraft: An Interdisciplinary Approach," American Historical Review Vol. 81, No. 2 (April 1976), pp. 243-265 in JSTOR

Bacaan lanjut

sunting
  • Brewer-Ward, Daniel A. The House of Habsburg: A Genealogy of the Descendants of Empress Maria Theresia. Clearfield, 1996.
  • Crankshaw, Edward. The Fall of the House of Habsburg. Sphere Books Limited, London, 1970. (first published by Longmans in 1963)
  • Evans, Robert J. W. The Making of the Habsburg Monarchy, 1550–1700: An Interpretation. Clarendon Press, 1979.
  • McGuigan, Dorothy Gies. The Habsburgs. Doubleday, 1966.
  • Palmer, Alan. Napoleón and Marie Louise Ariel Mexico, 2003.
  • Wandruszka, Adam. The House of Habsburg: Six Hundred Years of a European Dynasty. Doubleday, 1964 (Greenwood Press, 1975).

Pautan luar

sunting
Kerabat Habsburg
Tahun diasaskan: kurun ke-12
Didahului oleh
Dinasti Přemyslid
Kerabat Pemerintah dari Duchy Austria
1282–1453
Duchy diangkat
menjadi Archduchy
Gelaran baharu Kerabat Pemerintah dari Archduchy Austria
1453–1780
Kerabat Habsburg-Lorraine
Kepupusan jurai keturunan lelaki
Didahului oleh
Kerabat Jagiellon
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Hungary
1526–1780
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Croatia
1527–1780
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Bohemia
1526–1780
Didahului oleh
Kerabat Aviz
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Portugal
1580–1640
Diikuti oleh:
Kerabat Braganza
Didahului oleh
Kerabat Trastámara
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Sepanyol
1504–1700
Diikuti oleh:
Kerabat Bourbon
Didahului oleh
Kerabat Savoy
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Sicily
1720–1734
Didahului oleh
Kerabat Valois
Kerabat Pemerintah dari Duchy Burgundy dan Burgundian Netherlands
1477–1700
Didahului oleh
Kerabat Bourbon
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Naples
1713–1735
Kerabat Pemerintah dari Kerajaan beraja Sardinia
1713–1735
Diikuti oleh:
Kerabat Savoy
Kerabat Pemerintah dari Duchy Burgundy dan Burgundian Netherlands
1713–1780
Diikuti oleh:
Kerabat Habsburg-Lorraine