Kelayuan
Kelayuan adalah kehilangan ketegaran pada bahagian tak berkayu tumbuhan. Kejadian ini berlaku apabila tekanan turgor dalam sel tumbuhan tak berlignin jatuh menghampiri sifar akibat air yang berkurangan di dalam sel, disebabkan oleh kadar kehilangan air yang melebihi kadar penyerapan air dalam tumbuhan. Proses kelayuan mengubah suai taburan sudut daun (leaf angle distribution, LAD) tumbuhan (atau kanopi) menjadi lebih erektofil (keadaan daun tergantung secara menegak).
Ketersediaan air yang lebih rendah mungkin disebabkan oleh:
- Keadaan kemarau, apabila kelembapan tanah jatuh bawah paras yang paling sesuai untuk fungsi tumbuhan;
- Suhu jatuh ke paras yang sistem vaskular tumbuhan tidak dapat berfungsi;
- Kemasinan tinggi, menyebabkan air meresap keluar daripada sel tumbuhan dan mencetuskan pengecutan;
- Keadaan tanah yang tepu, menyebabkan akar tidak memperolehi oksigen yang cukup bagi membolehkan respirasi sel, lantas tidak dapat mengangkut air kepada tumbuhan; atau
- Bakteria atau kulat yang menyumbat sistem vaskular tumbuhan.
Kelayuan merendahkan kebolehan tumbuhan untuk bertranspirasi dan tumbuh. Kelayuan kekal boleh membawa kepada kematian tumbuhan. Gejala kelayuan dan hawar menyerupai sesama sendiri.
Dalam tumbuhan berkayu, ketersediaan air yang kurang mampu menyebabkan peronggaan xilem.
Kelayuan terjadi dalam tumbuhan seperti keembung dan ruku-ruku. Kelayuan adalah salah satu kesan daripada hormon perencat tumbesaran tumbuhan iaitu asid absisik.
Pada cucurbit (labu), kelayuan mungkin disebabkan oleh pengorek jalaran labu (squash vine borer).[1]
Rujukan
sunting- ^ "Wilting Cucurbits: How to Identify Problems in the Field". www.ipm.iastate.edu/ipm/hortnews/. Iowa State University. 2011-08-24. Dicapai pada 2016-08-18.