Pengepungan Leningrad

(Dilencongkan daripada Kepungan Leningrad)

Pengepungan Leningrad (Bahasa Rusia: блокада Ленинграда) adalah sebuah operasi ketenteraan yang terpaksa berlanjutan akibat daripada kegagalan Tentera Jerman Nazi Kumpulan Utara untuk menawan Leningrad, kini dikenali sebagai Saint Petersburg, dalam medan Barisan Timur semasa Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada 8 September 1941, apabila jalan perhubungan terakhir bandar telah terputus. Walaupun pihak Soviet telah berjaya membuka satu laluan kecil ke bandar 18 Januari 1943, pengunduran sepenuhnya dari pengepungan adalah pada tarikh 27 Januari 1944, iaitu 827 hari semenjak ianya bermula. Ia adalah salah satu daripada peristiwa pengepungan yang paling lama dan paling banyak kemusnahan dari segi kehilangan dan kecederaan jiwa di dalam sejarah.[1]

Jerman Nazi menjajah Rusia melalui Operasi Barbarossa pada 22 Jun 1941 — peristiwa ini merupakan awal Perang Soviet-Jerman menurut pihak Kesatuan Soviet. Sebuah barisankedua dibuka setelah Soviet mengebom beberapa kota di Finlandia pada 25 Jun, yang mengawali Perang Soviet-Finlandia. Pada bulan Agustus pasukan Finlandia telah menguasai kembali Tanah genting Karelia, mengancam Leningrad dari arah barat, dan bergerak melalui Karelia timur Tasik Ladoga, lalu mara ke Leningrad dari arah utara. Markas besar Finlandia menolak percubaan Jerman menyerang dari udara terhadap Leningrad dan di selatan tidak bergerak lebih jauh dari Sungai Svir di Timur Karelia. Pergerakan Jerman sangat cepat dan pada September, Wehrmacht telah menyerang Leningrad. Di sebelah arah utara, pasukan Finlandia terus bergerak sampai tiba di Sungai Svir, 160 km timur laut Leningrad, pada bulan Disember 1941.

Karena tidak mampu atau tidak bersedia memanfaatkan keunggulan mereka, dan dengan suatu pertahanan kota yang tergesa-gesa namun cemerlang di bawah Marsyal Zhukov, tentara Jerman mengepung kota ini selama 900 hari. Dengan jumlah besar mereka menghalang semua laluan bekalan suplai ke Leningrad dan kota-kota satelitnya kecuali satu jalur tunggal pada Tasik Ladoga yang digelar Jalan Kehidupan (bahasa Rusia: Дорога жизни , bahasa Finland: Laatokan elämänlinja). Mayat-mayat di dalam kota akibat tembakan-tembakan meriam dan kelaparan (khususnya pada musim dingin pertama) sangat menyedihkan, namun Adolf Hitler tak pernah bisa mengadakan pesta kemenangannya di kota ini mahupun melakukan penghancuran terancang padakota ini.

Rujukan

sunting