Kerajaan beraja Croatia (Habsburg)

(Dilencongkan dari Kerajaan Croatia (Habsburg))

Kerajaan beraja Croatia (bahasa Croatia: Kraljevina Hrvatska; Latin: Regnum Croatiae; Hungary: Horvát Királyság, Jerman: Königreich Kroatien) adalah sebahagian daripada wilayah monarki Habsburg sejak tahun 1527, selepas pilihanraya di Cetin, dan empayar Austria dari 1804. Sejak tahun 1867, aa juga merupakan sebahagian daripada Tanah Mahkota Hungary, tetapi tertakluk kepada pemerintahan Imperial Austria secara langsung untuk tempoh masa yang ketara, termasuk tahun-tahun terakhirnya. Ibu kotanya ialah Zagreb.

Kerajaan beraja Croatia
Kraljevina Hrvatska (Bahasa Croatia)
Regnum Croatiae(Bahasa Latin)
Horvát Királyság (Bahasa Hungary)
Königreich Kroatien(Bahasa Jerman)
1527–1868
Bendera
Bendera Jata
StatusSebahagian dari Empayar Austria
Ibu negaraZagreb (1557-1756)
Varaždin (1756-1776)
Zagreb(1776-1868)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Croatia
Agama
Katolik Rom
KerajaanRaja mutlak
Raja 
• 1527-1564
Ferdinand I
(pertama)
• 1848-1868
Franz Joseph
(terakhir)
Sejarah 
• Pertabalan Raja Ferdinand
1 Januari 1527
15 Mac 1848
• Dibubarkan
26 September 1868
Mata wangGulden
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Croatia
Kerajaan Croatia
Sekarang sebahagian dari Croatia
  1. ...

Kerajaan beraja Croatia mengalami kerugian wilayah yang besar dalam peperangan dengan empayar Uthmaniyyahpada abad ke-16. Sehingga abad ke-18, kerajaan itu hanya merangkumi bahagian utara-barat kecil Croatia masa kini di sekitar Zagreb, dan jalur kecil pantai di sekitar Rijeka, yang bukan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah atau sebahagian daripada sempadan tentera. Antara 1744 dan 1868, kerajaan beraja Croatia termasuk kerajaan autonomi bawahan, kerajaan beraja Slavonia. Wilayah kerajaan Slavonia telah dipulihkan daripada empayar Uthmaniyyah, dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada sempadan tentera untuk tempoh yang singkat. Pada tahun 1744, wilayah ini disusun sebagai kerajaan Slavonia dan dimasukkan ke dalam Kerajaan Croatia sebagai bahagian autonomi. Pada tahun 1868, ia telah digabungkan menjadi kerajaan Croatia-Slavonia yang baru dibentuk.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting