Kereta api lapangan terbang

Kereta api lapangan terbang (juga dikenali sebagai rel lapangan terbang atau kereta api penghubung lapangan terbang) adalah suatu perkhidmatan pengangkutan rel yang menghubungkan lapangan terbang dengan pusat-pusat bandar atau pekan berhampiran,[1] melalui kereta api laluan utama atau komuter, alihan laju atau rel ringan. Sesetengah perkhidmatan menghubungkan secara terus di antara dua tempat tersebut, manakala beberapa sistem lain memerlukan transit rakyat atau bas ulang-alik sebagai khidmat pengantara.

Kereta api laluan Skypark di stesen Terminal Skypark. Khidmat kereta apinya menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dan Subang Jaya dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Kebaikan prasarana kereta api lapangan terbang termasuklah masa perjalanan yang lebih cepat dan ketersambungan yang mudah dengan pengangkutan awam lain, manakala pihak-pihak berkuasa mendapat manfaat dengan kesesakan jalan raya dan tempat letak kenderaan yang berkurangan serta lebih mesra kepada alam sekitar dan mampu mengurangkan pencemaran.[2] Selain itu, kesalinghubungan tersebut turut memberi faedah kepada lapangan terbang untuk menarik lebih ramai penumpang melalui capaian yang lebih mudah.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Paul Le Blond (14 Oktober 2014). "Airport railways: Keeping airports connected". internationalairportreview.com (dalam bahasa Inggeris). International Airport Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  2. ^ Rachel Shalom (27 Mac 2021). "Why Traveling By Train Is Environmentally Friendly". saveatrain.com (dalam bahasa Inggeris). Save A Train. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  3. ^ Chris Lo (29 September 2011). "Sky tracks: airport rail links". railway-technology.com (dalam bahasa Inggeris). Railway Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.