Kesan Ferguson ialah teori yang menyatakan bahawa ketidakpercayaan masyarakat Amerika Syarikat terhadap polis semakin meningkat sejak penembakan Michael Brown pada 2014 menyebabkan kadar jenayah (atau kadar pembunuhan) di bandar besar di AS semakin meningkat. Teori ini dicetuskan oleh Doyle Sam Dotson, ketua polis Jabatan Polis St. Louis, sejak rusuhan Ferguson mula berlaku.[1] Data menunjukkan bahawa jenayah kekerasan meningkat lebih pesat di bandar yang memiliki perhatian lebih terhadap kekerasan polis di AS.[2]

Awal sunting

 
Ferguson, Missouri, 17 Pgps 2014

Istilah ini dicetuskan oleh Doyle Dotson dalam satu ruangan di akhbar St. Louis Post-Dispatch pada tahun 2014.[3] Doyle mengatakan bahawa sejak rusuhan Ferguson yang disebabkan oleh penembakan Michael Brown, pegawai polis semakin ragu-ragu untuk bertindak, kerana takut dituntut, dan bahawa akibatnya unsur-unsur jenayah di kalangan masyarakat berasa dingin.[1]

Istilah ini menjadi popular ketika Heather MacDonald menggunakannya pada 29 Mei 2015 di bahagian op-ed Wall Street Journal.[4] Ruangannya menyatakan bahawa peningkatan kadar jenayah di AS disebabkan kerana pergolakan terhadap kesatuan polis.[5] Beliau menyatakan bahawa jika kekejaman polis tidak berakhir, moral polis akan semakin menurun.[1]

Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel, menyatakan bahawa reaksi keras terhadap kekejaman polis telah membuat polis semakin tidak mahu bertanggungjawab, yang pada gilirannya menjadikan kadar jenayah meningkat.[6]

James Comey, Pengarah FBI pada 2016 menyatakan bahawa kadar pembunuhan yang meningkat di AS akibat kesan video tular. Beliau memberi contoh bandar Chicago, yang kadar pembunuhannya meningkat 54% dan penembakan meningkat 70%.[7][8][9]

Pada tahun 2016, kedan Ferguson dipetik di dalam kes seorang polis wanita Chicago yang dikasari oleh suspek, namun enggan mengeluarkan pistolnya, kerana takut akan sorotan media massa jika beliau menembak suspek tersebut.[10]

Penyelidikan yang menyokong sunting

  • Persatuan Ketua Polisi Bandar Besar AS mengumpulkan data dari 53 bandar menunjukkan peningkatan kadar jenayah, pembunuhan, rompakan, penembakan.[11]
  • Satu kajian di Universiti Missouri mendapati bahawa terdapat peningkatan 16,8% pembunuhan di 56 bandar besar di AS,[12][13] dan memeriksa bahawa kesan Ferguson mungkin merupakan satu dari 3 penyebabnya, yang memerlukan penyelidikan lebih lanjut.[14]
  • Satu kajian yang diterbitkan di Journal of Criminal Justice mendapati bahawa dasar yang atasannya lebih adil, cenderung lebih sedikit merasa terancam, tidak bermotivasi, atau berfikiran negatif terhadap masyarakat umum.[15]
  • Laporan USA Today menyatakan bahawa terdapat peningkatam mendadak untuk pembunuhan di Baltimor, setelah pembunuhan Freddie Grey pada 2015.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Gold, Ashley (5 June 2015). "Why has the murder rate in some US cities suddenly spiked?". BBC News. Dicapai pada 15 December 2015.
  2. ^ Gross, Neil (17 April 2017). "Is There a "Ferguson Effect?" Google Searches, Concern about Police Violence, and Crime in U.S. Cities, 2014–2016". Socius: Sociological Research for a Dynamic World.
  3. ^ Byers, Christine (15 November 2014). "Crime up after Ferguson and more police needed, top St. Louis area chiefs say". St. Louis Post-Dispatch. Dicapai pada 15 December 2015.
  4. ^ Mac Donald, Heather (29 May 2015). "The New Nationwide Crime Wave". Wall Street Journal. Dicapai pada 15 December 2015.
  5. ^ Ford, Matt (21 November 2015). "Debunking the Ferguson Effect". The Atlantic. Dicapai pada 15 December 2015.
  6. ^ Johnson, Kevin (28 December 2015). "Providence one of many U.S. police forces feeling Ferguson aftershocks". USA Today. Dicapai pada 8 February 2016.
  7. ^ "F.B.I. Director Says 'Viral Video Effect' Blunts Police Work". The New York Times. 12 May 2016. Dicapai pada 8 October 2016.
  8. ^ "Table 4 – Illinois through Missouri". Dicapai pada 14 July 2016.
  9. ^ Sanburn, Josh. "Murders in Major U.S. Cities Are Up Again This Year". Dicapai pada 14 July 2016.
  10. ^ Hawkins, Derek (October 7, 2016). "'Ferguson effect'? Savagely beaten cop didn't draw gun for fear of media uproar, says Chicago police chief". Washington Post. Dicapai pada October 7, 2016.
  11. ^ Schuppe, Jon (27 November 2015). "Researchers Cast Doubt on 'Ferguson Effect' as Cause of Crime Spikes". NBC News. Dicapai pada 15 December 2015.
  12. ^ "Murder Rate Spike Could Be 'Ferguson Effect,' DOJ Study Says". NPR. 15 June 2016.
  13. ^ Rosenfeld, Richard (2016), Documenting and Explaining the 2015 Homicide Rise: Research Directions (PDF), U.S. Department of Justice, dicapai pada 15 Jun 2016
  14. ^ "Is the 'Ferguson effect' real? Researcher has second thoughts". The Guardian. 13 May 2016.
  15. ^ Nix, Justin; Wolfe, Scott E. (December 2016). "Sensitivity to the Ferguson Effect: The role of managerial organizational justice". Journal of Criminal Justice. 47: 12–20. doi:10.1016/j.jcrimjus.2016.06.002.
  16. ^ Heath, Brad (12 July 2018). "Baltimore police stopped noticing crime after Freddie Gray's death. A wave of killings followed". Baltimore.