Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) ditubuhkan di Malaysia dengan tujuan menjaga kebajikan para wartawan yang terlibat dalam media cetak dan elektronik di Malaysia. Reputasi kesatuan ini naik dan menurun bergantung kepada presiden dan isu-isu yang dibangkitkan. Secara umumnya kesatuan ini menyokong semua dasar-dasar kerajaan Malaysia.

Presiden NUJ terkini ialah Chin Sung Chew.

Mansuhkan OSA sunting

Pada 2 Mei 2008, Presiden NUJ Norila Md Daud menuntut Kementerian Penerangan Malaysia agar menggantikan Akta Rahsia Rasmi 1970 (OSA) dengan Akta Maklumat dengan tujuan memberi kebebasan kepada media di Malaysia dan orang ramai lebih mudah dan murah untuk mendapatkan maklumat yang benar dan seimbang. Diharapkan Akta Maklumat itu dapat menjadi bukti pentadbiran kerajaan yang telus, tidak menyembunyikan terlalu banyak rahsia seperti kesalahan jenayah dan rasuah para pemimpin dan tender tertutup.

Wartawan merupakan kerjaya profesional yang hanya akan bererti jika dilayan dan diktiraf sebagai profesional. Media arus perdana bercetak di Malaysia seperti Utusan Melayu, Berita Harian, The Star, New Straits Times dan lain-lain di dakwa gagal menyentuh hati nurani rakyat.

Kini merupakan era digital di mana rakyat Malaysia lebih matang, ramai lulusan universiti dan dapat mecapai berita antarabangsa melalui internet. Mereka ini adalah generasi muda yang mendorong kepada prinsip kewartawanan.[1]

Larangan terhadap Yazid Alias sunting

Pada 25 November 2009, wartawan Utusan Malaysia, Yazid Alias dilarang menghadiri sidang media oleh Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA). Setiausahanya Ng Yap Hwa melarang Yazid kerana kononnya Utusan Malaysia menjadi alat propaganda kerajaan persekutuan Malaysia.

Presiden NUJM Norila Daud kesal dengan tindakan menghalau Yazid dari Bangunan Setiausaha Negeri Selangor, Shah Alam.Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan media berperanan untuk melaporkan apa sahaja yang dilakukan kerajaan untuk rakyatnya.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting