Khai Wahi
Khai merupakan penyanyi dan naib juara Akademi Fantasia Musim 1 yang diadakan pada tahun 2003. Khai dilahirkan pada 5 November 1979 dan berasal dari Tampoi, Johor Bahru, Johor.
Khai Wahi | |
---|---|
Nama lahir | Mohammad Khairul Nizam bin Mohammad Wahi |
Kelahiran | Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia | 5 November 1979
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2003–kini |
Pasangan | Rosma AF1 (k. 2008) |
Anak-anak | 3 |
Pada 26 April 2008, Khai telah berkahwin dengan Rosma AF1 yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 1. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah hampir lima tahun bercinta. Pada 17 Julai 2009, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish. Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Anak ketiga mereka dilahirkan pada 11 April 2019 dan diberi nama Nur Alya Dhania. Khai dan Rosma merupakan pengasas kepada produk kesihatan Magic Slims. Pada 15 Januari 2015, mereka telah membuka sebuah kafe yang diberi nama Coffee Rich Cafe. [1]
Pencapaian
suntingKhai berjaya menghasilkan album yang diberi judul Dambaan Pilu pada tahun 2004 dan album kedua berjudul Terbang Tinggi pada tahun 2008.
Pernah berduet dengan Zarina AF2 untuk lagu tema filem Cinta Fotokopi yang bertajuk Cinta Selamanya dan Cinta Fotokopi.
Khai dan Rosma pernah menyertai pertandingan Sehati Berdansa Musim 2 dan tersingkir pada minggu kesembilan iaitu pada 20 Disember 2008. Mereka telah mewakili badan amal Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.
Beliau juga pernah berduet dengan isteri beliau iaitu Rosma AF1 untuk lagu Warna Cinta, Hari Raya Bahagia dan yang terbaru untuk lagu Dengan Sekali Lafaz.
Selain itu, pernah berduet dengan Sahri yang juga daripada Akademi Fantasia Musim 1 untuk menyanyikan lagu Hari Raya Bersama. Khai Wahi Sebagai Peserta Gegar Vaganza (musim 11)
Diskografi
suntingAlbum studio
sunting- Dambaan Pilu (2004)
- Terbang Tinggi (2008)
Filemografi
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2005 | Cinta Fotokopi | Khai |
Potret Mistik | Harry | |
Sembilu 2005 | Khai | |
2024 | Dambaan Pilu | Amirul |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2008 | Restumu Ibu | |
Terminal Cinta | ||
2009 | 10 Terbakar | |
2011 | Kuingin Selalu Disampingmu |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2010 | Soldadu Merah | Wartawan |
Alang Menanti Malang | ||
2011 | Semanis Janji |
Projek Lain
suntingPernah terlibat dalam teater Tari Pentas pada tahun 2006. Selain itu pernah menyertai pertandingan nyanyian Ikon Malaysia pada tahun 2008.
Pautan luar
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-20. Dicapai pada 2015-12-10.