Khairil Ridzwan Anuar

Khairil Ridzwan Anuar, lebih dikenali sebagai Loque (lahir 9 November 1977) merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pemain gitar utama kumpulan Butterfingers dari 1993 hingga 2009 dan telah menerbitkan tujuh album bersama kumpulan ini. Selepas Butterfingers berehat seketika, beliau menubuhkan monoloQue.[1]

Loque
Nama lahirKhairil Ridzwan bin Anuar
Kelahiran (1977-11-09) 9 November 1977 (umur 46)
Alor Star, Kedah, Malaysia
GenreGrunge, Rock Nusantara
PekerjaanPemuzik, penyanyi, komposer, penulis lirik
InstrumenGitar, vokal
Tahun aktif1993–kini
Syarikat rakaman
Penerbitan Pancasona
Pengkarya berkait
Butterfingers, monoloQue, Atilia Haron

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 9 November 1977 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat dan menerima pengiktirafan sebagai pelajar Dean’s List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009.

Kerjaya muzik sunting

Butterfingers sunting

Loque ialah ahli pengasas kumpulan Butterfingers. Beliau menubuhkan kumpulan ini bersama-sama rakannya Emmett (vokal dan gitar utama) Kalai (dram) (diganti oleh Loko) dan Kadak (bes) pada tahun 1993. Selain menjadi gitaris, beliau juga berkhidmat sebagai vokalis dan menulis kebanyakan lagu-lagu nyanyian kumpulan ini.[2]

MonoloQue sunting

Ketika masih bersama Butterfingers, Loque memulakan kerjaya muzik bersama kumpulan monoloQue yang ditubuhkan pada 2004.[3]

Beliau bagaimanapun, paling dikenali menerusi lagu bertajuk "Kekanda Adinda" menampilkan duet bersama Atilia. Loque berkata: "Sebenarnya, lagu Kekanda Adinda ini ditulis pada asalnya dengan menggunakan nota yang agak berlainan tetapi ketika dimainkan, dengan sengajanya ditinggalkan beberapa buah nota dengan corak skala pentatonik... maka terhasillah lagu Kekanda Adinda yang anda dengarkan sekarang ini!,".[4]

Kehidupan peribadi sunting

Monoloque telah berkahwin dengan Dahlia Nadirah Juhari pada 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan yang kesemuanya dinamakan dengan nama klasik—Anggerik Dang Jelita (lahir 2013),[5] Seroja Dewi Harapan (lahir 2017)[6] dan Melor Pelangi Merdu (lahir 2019).[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Relevansi muzik Nusantara Monoloque Kosmo! (18 Ogos 2018). Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  2. ^ "Bekas Vokalis Butterfingers di Universiti Teknologi Petronas - The Daily Seni". The Daily Seni (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2015. Dicapai pada 2015-11-14. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Loque daripada Butterfinger kepada Projek Monoloque OnlineFM (28 Mei 2012). Dicapai pada 28 Mei 2012.
  4. ^ Elrafaei Sapi (10 Disember 2018). Monoloque Dedah Sejarah Pembikinan Lagu Kekanda Adinda Astro Gempak. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  5. ^ Anggerik Dang Jelita Nama Anak Sulung Loque Diarkibkan 2019-07-18 di Wayback Machine Media Hiburan (19 April 2013). Diperoleh pada 20 April 2013.
  6. ^ Seroja Dewi Harapan, Nama Anak Kedua Monoloque My News Hub (29 Januari 2017). Dicapai pada 30 Januari 2017.
  7. ^ Melor Pelangi Merdu, nama anak ketiga MonoloQue Astro Awani (9 Januari 2019). Dicapai pada 2 Mac 2019.

Pautan luar sunting