Gua Tempurung: Perbezaan antara semakan

Gua batu kapur di Gopeng, Perak
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 23:24, 1 Julai 2004

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.3 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Fail:Gua tempurung.png
Gua Tempurung di Gopeng, Perak

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala Daripada 1970, Gua Tempurung berubah kepada lombong timah.

Panduan arah

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan lebuh raya Utara-Selatan ataupun Lebuh raya Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.